Catatan 24
Keindahan Bumi Malaysia
Pada Jumaat lepas (13 Mei 2013), saya dan beberapa
orang rakan telah berpakat untuk pergi ke Cameron Highland dan I-City. Saya cuma hendak berkongsi pengalaman semasa
melawati dua tempat yang menarik tersebut. Pertamanya, Cameron Highland
merupakan satu tempat yang terletak di negeri Pahang. Apabila kami sampai di
sana, saya terpegun kerana di situ terdapat banyak tempat yang menarik dan
suasana udara yang nyaman. Selain adanya kebun-kebun bunga dan ladang
strawberi, terdapat juga ladang teh dan pusat bandar yang memang mnarik dan
mempunyai konsep tersendiri. Banyak tempat yang kami lawati semasa berada di
sana dan sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.
Tempat kedua yang kami kunjungi pada hari tersebut
ialah bandar I-City yang terletak di Shah Alam. Apabila sampai di tempat
tersebut, sekali lagi saya berasa terpegun dan teruja dek kerana keindahan
tempat tersebut yang dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna-warni. Lama telah
saya menyimpan hasrat untuk mengunjungi tempat tersebut dan akhirnya tercapai
juga. Tempat ini merupakan tempat yang dipenuhi dengan pelbagai warna lampu
neon yang sangat menarik dan tempat ini men jadi tumpuan para pengunjung yang
sangat ramai.
Perkara yang saya ingin tonjolkan di sini ialah
tentang keindahan bumi Malaysia yang mungkin kita tidak perasaan. Untuk pergi
ke tempat tersebut bukannya menggunakan perbelanjaan yang banyak kerana darjah
ketersampaiannya sangat tinggi. Bayangkan saya hanya membelanjakan RM68.70
sahaja sepanjang hari tersebut kerana kami berkongsi empat orang. Di negara
kita sendiri mempunyai tempat menrik untuk dilawati bersama rakan atau keluarga
berbanding melawati tempat di luar negara yang menggunakan perbelanjaan yang
besar. Jadi, sokonglah kempen “Cuti-cuti Malaysia”.
No comments:
Post a Comment