Friday, 12 April 2013

Pengajaran Menggunakan Lagu Puisi


Coretan 21
Pengajaran Menggunakan Lagu Puisi

Baru saya teringat pada minggu lepas semasa saya menghadiri kelas media dalam pengajaran bahasa Melayu. Sangat menarik pembentangan yang dibentangkan oleh kumpulan pembentang. Lagu puisi yang digunakan ialah lagu "Tetamu Senja" dendangan kumpulan kopratasa. Banyak input yang  diberikan oleh mereka terutama input dari segi aktiviti pengajaran menggunakan lirik lagu tersebut. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa lagu tersebut boleh digunakan sebagai media pengajaran tatabahasa dan bidang bahasa yang lain seperti keindahan bahasa seperti diksi, bahasa kreatif dan sebagainya.

Jadi, pada pendapat saya mengajar bahasa bukanlah sesuatu yang rumit kerana pelbagai bahan yang boleh digunakan kita untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penggunaan lagu puisi jarang sekali digunakan oleh guru untuk digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas. Sebenarnya bahan seperti ini boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.

Selain itu, saya juga berpendapat banyak istilah yang terkandung dalam lirik lagu tersebut yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran tatabahasa kerana setiap lirik lagu mempunyai istilah atau kata-kata yang produkif untuk digunakan sebagai bahan pengajaran tatabahasa. Tambahan pula kata-kata dalam puisi ini merupakan kata-kata yang mudah difahami oleh golongan pelajar.

Tuntasnya, penggunaan lagu puisi dalam pengajaran bahasa sangatlah efektif da produktif. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru haruslah mempelbagaikan teknik atau kaedah pengajaran agar bolh mewujudkan suasana pengajaran yang seronok dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar.


No comments:

Post a Comment