Catatan 23
Pameran Amal Lahad Datu
Pagi tadi sebelum balik ke Tanjung
Malim, saya sempat berjalan-jalan di Stesen Bas Puduraya dan saya nampak ada
pameran di penghujung stesen bas tersebut. Rupanya pameran tersebut ialah
pameran amal yang dijalankan oleh kerjasama beberapa pihak tertentu. Banyak
gambar-gambar yang dipamerkan di pameran tersebut. Banyak gambar yang menyanyat
hati yang dipamerkan di pameran tersebut.
Ini merupakan gambar yang menunjukkan seorang pekedai yang
melihat keadaan kedainya yang musnah akibat perperangan yang berlaku.
Gambar ini menunjukkan kanak-kanak bermain dengan kelongsong
peluru.
Gambar ini pula menunjukkan seorang penuduk yang kesedihan
melihat rumahnya musnah akibat berlakunya perperangan.
Di sini saya ingin kongsikan apa yang saya rasa apabila melihat
pameran tersebut yang memaparkan banyak gambar yang menggambarkan kejadian di
bumi Lahad Datu tersebut. Apa yang menyedihkan ialah banyak rakyat yang
terkorban dan banyak juga harta benda yang musnah akibat kejadian tersebut.
Namun kita juga tetap bersyukur kerana kepekaan kerajaan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
Banyak pameran gambar yang sangat menyayat hati seperti gambar
beberapa orang kanak-kanak yang terpaksa berkongsi makan di dalam satu pinggan
dan hanya berlaukkan mi segera sahaja. Selain itu, walaupun dalam keadaa yang
huru-hara, meraka juga tidak mengabaikan pelajaran kerana mereka boleh belajar
di mana sahaja namun saya tidak sempat untuk mengambil gambar tersebut. Jadi,
kita mestilah menjaga keamanan negara kita agar menjamin kesejahteraan dan
keamanan yang berkekalan.
No comments:
Post a Comment