Coretan 20
Kesempatan Bertemu dengan Keluarga
Hari ini saya baru tiba di bumi Tanjung Malim setelah berada di
Sarawak selama lima hari. Bersyukur juga kerana dapat pulang ke tanah air
sendiri. Walaupun pada mulanya tidak ada perancangan untuk balik ke kampung
halaman namun Tuhan itu maha adil kerana di saat akhir keluarga membenarkan
kita balik ke kampung halaman kerana Dia mengerti bahawa dalam hati kita sangat
merindui keluarga. Ditambahkan lagi tambang kapal terbang pada masa tersebut
sangat murah juga seolah-olah memang mengerti bahawa saya ingin bertemu dengan
keluarga.
Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah kesempatan
bertemu dengan keluarga. Makan bersama, berjalan bersama dan meluangkan masa
bersama merupakan saat yang paling indah dapat dikecapi bersama. Walaupun hanya
sedikit masa, namun kenangan itu cukup indah bagi seseorang yang menuntut ilmu
yang berada jauh dari keluarga. Sesungguhnya ahli keluarga juga berasa sangat
gembira kerana dapat bertemu dengan anaknya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang senang tetapi
merupakan satau pengorbanan yang sangat besar kerana rasa kerinduan terhadap
keluarga itu akan hadir setiap masa dan detik. Namun, demi masa depan, saya
gagahi juga untuk berkorban sedikit dengan berjauhan dengan keluarga. Untung
sekarang ini ada alat komunikasi yang canggih yang membuatkan kita terasa dekat
dengan keluarag.
Kesempatan berjuma dengan keluarga selama lima hari sangat
berharga kerana selepas ini mungkin kita akan balik pada hujung tahun nanti
kerana selepas ini terus sambung untuk praktikal. Sangat bersyukur kerana
diberi peluang untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga walaupun hanya buat
sedikit waktu. Terima kasih mak, ayah dan adik. Saya sayang keluarga saya.
Ahli keluarga menghantar ke Lapangan Terbang
Nya ya bulih boz..hahaha...
ReplyDelete