Coretan 19
Vandlisme: Menyusahkan orang lain
Vandalisme ini merupakan satu budaya yang merosakkan harta benda
tidak mengira harta benda awam, harta sekolah atau sebagainya, Di sini saya
ingin mengupas sedikit tentang keburukan budaya tersbut kepada orang lain.
Vandalisme yang saya ingin fokuskan di sini ialah vandalism terhadap papan
tanda yang terdapat di jalan raya, tempat awam dan di tempat-tempat lain.
Seperti yang kita tahu, papan tanda bertujuan memberi panduan
atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda
mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan
simbol yang jelas dan seragam. Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa
bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang
ingin dituju. Papan tanda arah yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk
sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan
menyakitkan mata memandang.
Perlakuan manusia yang suka merosakkan papan tanda ini sangat
menyusahkan orang lain kerana pengguna yang memerlukan maklumat bergantung
kepada papan tanda yang telah disediakan. Namun, tanpa papan tanda tersebut
mungkin akan menyukarkan pengguna untuk mendapat maklumat seperti mencari
maklumat untuk ke destinasi tertentu dan sebaginya. Hal ini juga menyukarkan
jika da berlaku kecemasa. Contohnya, jika berlaku kebakaran, pihak bomba sudah
pasti akan bergantung kepada apapn tanda untuk bergerak pantas ke tempat
kejadian. Jika papan tanda ini sudah rosak, maka pihak ini tidak dapat
melakukan tugas dengan sempurna.
Jadi, saya menyeru agar semua pihak janganlah bersifat
mementingkan diri dengan merosakkan harta benda awam terutamanya papan tanda yang
menjadi sumber maklumat pengguna untuk mendapatkan maklumat tertentu. Jadilah
seorang warganegara yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment