Coretan 12
Lelaki Curang?
Siang tadi ada seorang
rakan saya bertanya “Mengapa kebanyakan lelaki lebih cenderung curang
berbanding wanita?”. Saya terkesima sekejap dengan pertanyaan rakan saya
tersebut. Namun, pada mulanya saya tidak memberi komen yang banyak tentang
persoalan tersebut. Rakan saya tersebut meminbta saya mengulas juga tentang
pertanyaannya itu. Saya hanya mengatakan bukan semua lelaki bertindak seperti
itu kerana setiap manusia mempunyai perwatakan, pemikiran dan pandangan yang
berbeza dalam sesuatu hubungan.
Saya menambah lagi,
curang yang bermula dari lelaki itu mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya
mungkin lelaki tersebut tidak serius dalam perhubungan, tidak matang, tidak
kuat iman dan sebagainya. Saya menambah lagi mungkin juga disebabkan oleh sikap
pasangan wanita tersebut yang mempunyai pemikiran, perwatakan, pandangan atau
sikap yang berbeza dengan seorang lelaki. Hal ini juga boleh menyebabkan
sesuatu hubungan menjadi tidak kukuh.
Saya menceritakan semua
ini dalam blog ini bukan hendak menggalakkan perhubungan percintaan namun komen
atau pendapat saya ini adalah secara menyeluruh iaitu melibatkan pasangan
bercinta, pasangan tunang atau pasangan suami isteri. Sekarang ini banyak kita
dengar kes penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan yang
kahwin muda.
Pada pendapat saya, dalam
sesuatu perhubungan yang serius, tidak ada mana-mana pihak yang bersalah jika
pasangan tersebut sudah cukup bersedia untuk menjalinkan sebuah hubungan yang
serius. Isu banyak lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita ini juga
tidak mungkin wujud jika pasangan tersebut serius untuk menjalinkan hubungan
kerana sesuatu hubungan seperti berumah tangga bukanlah satu hubungan yang
hanay boleh kelkal satau atau dua hari sahaja. Konklusi kepada pertanyaan rakan
saya tadi, tidak semua lelaki cenderung untuk curang dan perlakuan curang tersebut
mungkin disebabkan oleh beberapa sebab.

Kajian Mengenai Lelaki Curang
No comments:
Post a Comment