Coretan 15
Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini
Menjadi satu fenomena yang sangat
menarik jika kita lihat pada masa kini yang mana sudah banyak kemajuan dan
perubahan dalam arus teknologi kita. Perkara yang paling menarik perhatian saya
ialah sekarang ini bukan sahaja orang dewasa yang boleh memiliki telefon bimbit
malah kanak-kanak seawal umur sembilan tahun atau kurang sudah pandai
menggunakan kemudahan tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada yang menggunakan tab, ipad dan gajet yang lain.
Jika dibandingkan dengan generasi
saya dahulu, masuk tingkatan emapt atau lima barulah sudah memiliki telefon
bimbit sendiri. Itupun telefon yang hanya mempunyai fungsi asas sahaja seperti
untuk mendail dan menghantar mesej (sms). Sangat cepat dunia sekarang ini
berubah baik dari segi pembangunan mahupun teknologinya.
Tidak saya nafikan perbuhan ini
sangat baik bagi kemudahan semua pengguna namun ada kontranya juga kemajuan
teknologi tersebut. Sebagai contoh yang saya lihat, kanak-kanak pada amsa
sekarang hanya bertemankan gajet untuk bermain dan kurang pergaulan dengan
rakan-rakan yang lain. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa atau pelajar
juga melakukan perkara yang sama iaitu hanya berkomunikasi dengan gajet sahaja
dan tidak menghiraukan orang sekeliling.
Keadaan seperti ini akan merugikan
semua orang kerana bagi saya kekurangan pergaulan dengan orang lain menyebabkan
kita kurang mesra dan mengakibatkan kita kekurangan rakan pergaulan. Bukan itu
sahaja malah banyak lagi keburukan bertemankan gajet ini seperti kurang
komunikasi dengan orang lain, kurang mesra dengan rakan dan sebagainya. Jadi,
bagi saya , biarlah teknologi terus berubah tetapi jangan samapi teknologi
tersebut mengubah kita manusia juga.



No comments:
Post a Comment