Coretan Peristiwa 1:
Peristiwa Negeri di Bawah Bayu
Sekarang ini banyak yang membicarakan tentang pencerobohan pengganas di Sabah baik di kaca telivisyen, akhbar, radio mahupun di laman sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Pelbagai berita atau fakta yang dilaporkan atau ditulis berkaitan dengan insiden yang berlaku di negeri Bawah Bayu tersebut. Menurut berita yang saya dengar semalam (5 Mac 2013), seramai sembilan orang anggota pertahanan telah terkorban dek kerana mempertahankan negara sekaligus mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Dalam menangani masalah tersebut, kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menghantar pasukan ketenteraan dan polis untuk membendung masalah tersebut dan usaha ini menunjukkan kerajaan sangan mengambil berat tentang keselamatan dan keamanan negara. Banyak berita yang disebarkan berkaitan dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu Sabah.
Berkaitan dengan insiden ini, saya dapat merasakan bahawa keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana negeri Sabah ini telah lama berada di bawah pimpinan negara Malaysia. Sepatutnya masalah ini boleh dibawa ke meja perbincangan tanpa melibatkan insiden pertumpahan darah. Saya rasa sangat bersimpati kepada perajurit yang telah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas yang ada di Lahad Datu tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga berasa sangat sedih mendengar rintihan keluarga arwah yang mana meninggalkan ibu bapa, isteri dan anak-anak yang masih kecil. Namun demikian, perasaan bangga terhadap anggota yang terkorban sangat tinggi kerana mereka sanggup berkorban demi mempertahankan keamanan negara. Demikian juga saya memuji tindakan kerajaan yang mengambil langka serta-merta dalam menangani masalah tersebut. Walaupun tidak dapat menyumbang apa-apa, saya hanya dapat berdoa untuk keselematan dan keamanan negeri tersebit dan berharap agar insiden itu menemui jalan penyelesaian yang terbaik.
Pray4Sabah.
No comments:
Post a Comment