Coretan 16
Kebersihan Tanggungjawab Bersama
Petang tadi semasa menggunakan bas
balik dari kampus lama, saya nampak ada sampah yang diselitkan di tempat duduk
bas tersebut. Saya pun terfikir mengapa ada sampah di dalam bas sedangkan yang
menggunakan bas tersebut merupakan golongan mahasiswa yang saya rasa sudah
pasti mengetahui tentang kepentingan kebersihan. Bukannya satu kerja yang susah
untuk membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan sekali lagi saya
terkejut kerana di dalam bas tersebut juga ada disediakan tong sampah.
Sebagai seorang yang berpelajaran,
kita harus mengtahui tentang pentingnya kebersihan walau di mana sahaja kita
berada. Mungkin si pembuang sampah tersebut menganggap bas tersebut bukan
tempat tinggal dia dan sesuka hati hendak membuang sampah merata-rata tempat
tetapi tidakkah dia berfikir bahawa pengguna lain yang turut menggunakan
perkhidmatan tersebut dan menginginkan suasana yang bersih dan selesa.
Sebenarnya saya sangat kecewa dengan
sikap sesetengah masyarakat yang tidak prihatin
terhadap kebersihan sedangkan kebersihan tersebut merupakan tanggungjawab
bersama. Seperti yang berlalku di dalam bas tadi, mengapa tidak si pembuang
sampah tersebut membuang sampah ke tempat yang betul. Hal ini bukan sahaja
menjadikan suasana lebih selesa malah menjadikan keadaan sekeliling mejadi
lebih bersih dan segar.
Jadi, bagi saya membuang sampah di
merata-rata tempat adalah satu perlakuan yang tidak bermoral kerana sejak kecil
lagi kita telah dididik untuk menjaga kebersihan untuk mejamin kesejahteraan
dan kesihatan yang baik. Kalau kita sendiri tidak berupaya untuk mengubah tingkahlaku,
sampai bila-bila tingkahlaku tersbut akan menjadi tabiat kita. Tingkahlaku
manusia melambangkan keperibadian seseorang. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sampah yang dibuang di dalam bas.
"Kebersihan Tanggungjawab Bersama"
No comments:
Post a Comment