Coretan Peristiwa 2:
Kisah Kehidupan Sebagai Mahasiswa
Saya merupakan seorang mahasisiwa yang menuntut di sebuah universiti tempatan iaitu Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bermulanya gelaran sebagai mahasiswa pada bulan Julai 2010 dan di sini bermulanya kehidupan sebagai seorang penuntut kursus Pendidikan Bahasa Melayu. Pada minggu pertama kami menyertai Minggu Orentasi atau juga dikenali sebagai Minggu Suai Kenal. Sepanjang minggu tersebut banyak pendedahan yang diberikan tentang kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Bermula dengan aktiviti menjelalah kawasan universiti, ceramah dan program motivasi yang diberikan oleh badan pelaksana telah meningkatkan lagi semangat untuk terus menuntut di menara gading ini.
Catatan di atas hanyalah satu kenangan yang tetap menjadi kenangan pada suatu masa dahulu. Pada hari ini (6 Mac 2013), saya merupakan seorang penuntut semester enam dan terus menuntut di sini. Sungguh tidak terasa sudah tiga tahun saya berada di bumi Tanjung Malim dan sudah pasti banyak kenangan atau pengalaman yang ditimba. Pengalaman tersebut bukan sahaja dalam bidang akademik malah pengalaman kehidupan juga banyak mengajar erti sebenar kehidupan. Di sini saya belajar cara untuk hidup sendiri berjauhan dengan keluarga yang berada di Sarawak Bumi Kenyalang. Bukan sahaja berjauhan dengan keluarga, malah saya turut belajar menguruskan kehidupan sendiri seperti menguruskan belanja, masa dan urusan yang lain. Menjadi seorang mahasiswa bukan suatu yang mudah bagi seseorang yang mudah berputus asa kerana kehidupan sebagai penuntut memerlukan banyak pengorbanan.
Mengenangkan pula tentang pelajaran, sejak semester satu saya telah didedahkan dengan pelbagai tugasan yang terdiri daripada bentuk, format, genre dan sebagainya. Mula-mula saya agak kekok dan kadang-kadang terasa tidak tahu hendak berbuat apa kerana pertama kali didedahkan dengan tugasan yang memerlukan kita mencar bahan sendiri kerana sebelum ini sudah terbiasa dengan bantuan guru. Namun, semester demi semester banyak mengajar cara untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan yakin dek kerana pengalaman yang ditimba. Kadang-kadang ada juga rasa putus asa apabila mendapat tugasan yang agak sukar untuk dilakasanakan atau apabila mendapat markah yang rendah. Namun semua itu tidak menjadi penghalang apabila terkenangkan keluarga yang menjadikan kita sebagai harapan untuk mengubah kehidupan yang sedia ada.
Sebenarnya menjadi seorang penuntu bukanlah sesuatu yang sukar jika kita mempunyai semangat, dorongan, cita-cita, impian dan keinginan untuk berjaya yang tinggi. Saya merasakan kehidupan sebagai mahasiswa ini sebagai satu medan untuk saya menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk menempuhi kehidupan pada masa hadapan sama ada kehidupan sendiri atau kehidupan sebagai seorang pekerja. Sebagai pengakhiran tentang kisah kehidupan mahasiswa ini, saya hidangkan beberapa foto sejak semester 1...:)
Semester 1
Bersama Rakan Baru Dikenali
Semester 2
Pertandingan Tarian Antara Universiti
Semester 3
Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
Semester 4
Pertandinag Tarian Hari Terbuka Kolej Za'Ba
Pertandinag Tarian Hari Terbuka Kolej Za'Ba
Semester 5
Perkhemahan Guru Kadet Remaja Sekolah
No comments:
Post a Comment