Thursday, 14 March 2013

Peribahasa Melayu

Coretan 9
Peribahasa Melayu


Teringat kembali saya semasa mengambil kursus Semantik dan Pragatik Bahasa Melayu pada semester lepas, kami ada belajar cara pembentukan sesuatu peribahasa tersebut hingga menjadi satu rangkai kata yang mengandungi maksud lain daripada maksud sebenar kata-kata tersebut. Saya sangat kagum apbaila mengenangkan kebijkasanaan masyarakat dahulu mencipta sesuatu peribahasa yang mempunyai susunan kata dan mengandungi makna yang berkesan. Bukan itu sahaja, peribahasa tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur alam yang mempunyai hubungkait dengan kehipuan manusia.

Tambahan pula, saya memikirkan cara masyarakat dahulu bijak memilih unsur alam yang telah dijadikan sebagai peribahasa. Saya ambil contoh peribahasa "bagai aur dengan tebing" yang bermaksud sesuatu hubungan yang akrab dan sling bergantung antara satu sama lain. Mari kita sama-sama menghayati peribahasa tersebut. Jika kita lihat aur dan tebing, kedua-dua unsur ini memang sangat bergantung antara satu sama lain baik semasa banjir, kemarau atau pada keadaan lain. Di sini kita dapat melihat betapa masyarakat dahulu bijak mengadaptasikan unsur alam digunakan untuk menggambarkan perlakuan atau sifat manusia.


 
Bagai Aur dengan Tebing

Selain itu juga, peribahasa ini merupakan satu rangkaian kata yang digunakan untuk memberi nasihat, dorngan, sindiran dan tujuan yang lain.  Masyarakat dahulu menggunkan kiasan seperti peribahasa untuk memberikan nasihat kepada anak-anak atau orang lain. Hal ini kerana penggunaan unsur tersebut dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar nasihat tersebut. Tambahan pula, peribahasa juga berperanan untuk memberi sindiran kepada golongan masyarakat pada amasa tersebut. Pengguanaan peribahasa sebagai sindirin pula untuk menjaga hati orang lain.

Bagi saya, penggunaan peribahasa tersebut dalam komunikasi seharian sangatlah efektif jika digunakn untuk tujuan memberi nasihat, dorangan, sindiran atau pengajaran kepada orang lain. Namun, banyak golongan muda pada hari ini tidak tahu menggunakan peribahasa tersebut kerana kurang terdedah kepada unsur tersebut. Jadi, peribahasa ini merupakan satu warisan yang diwarisi sejak tutun-temurun dan harus dikekalkan dan bukan hanya diajarkan di sekolah malah di rumah atau di mana dan pada bila-bila masa sahaja.


No comments:

Post a Comment