Coretan 11
Minat Menari
Sebenarnya saya minat
menari sejak Tingkatan 1 iaitu pada tahun 2003. Sebenarnya sebelum itu saya
tidak pernah langsung terfikir untuk menyertai bidang kesenian ini. Namun
semuanya berubah apabila sekolah saya mengnajurkan ujibakat tarian untuk
mewakili sekolah dan saya terpilih. Perasaan pada masa itu memang sangat
gembira walaupun tidak berapa pandai hendak menari. Sejak itu saya mula
melibatkan dalam bidang ini sehinggalah sekarang dan pelbagai jenis kebudayaan
yang dapat saya pelajari melalui bidang ini. Banyak sebab saya menyertai bidang
ini kerana bidang ini juga merupakan satu bentuk aktiviti yang mendatangkan
manfaat.
Seperti yang
saya katkan tadi saya dapat mempelajari banyak jenis kebudayaan melalui bidang
ini. Hal ini kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat
dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana
mempunyai identiti tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.
Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
Misalnya, tarian tradisional masyarakat Melayu dan masyarakat lain yang unik dan berwarna-warni. Kebudayaan
tradisional kita juga menunjukkan budi
pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam sesebuah
kesopanan serta budi bahasa yang ditonjolkan melalui tarian-tarian tersebut.
Selain itu, bagi saya, bidang ini
juga berperanan dalam memupuk perpaduan dalam negara. Misalnya, dalam tarian
Melayu, bukan hanya kaum Melayu yang dapat menarikan tarian tersebut malah kaum
lain juga mempunyai kemahiran dalam menarikan tarian Melayu. Secara tidak
langsung, perpaduan dan hubungan silaturahim antara kaum dapat dieratkan.
Melalui pelaksanaan pertandingan serta bengkel tarian Melayu yang dianjurkan
oleh pelbagai pihak akan dapat mengeratkan lagi jalinan perpaduan di antara
kaum kerana sudah pasti program tersebut akan disertai oleh pelbagai bangsa.
Hal ini dapat saya alami sendiri semasa terlibat dalam bidang ini. Sebelum ini
saya tidak tahu tentang kebudayaan orang Melayu tetapi setelah menyertai bidang
kebudayaan, saya dapat memahami kebudayaan masyarakat lain. Jadi, pada pendapat
saya, wajarlah jika kebudayaan ini diteruskan walaupun sekarang ini banyak
bentuk hiburan kerana budaya tersebut merupakan warisan kita.

Penglibatan Pertama Dalam Tarian
No comments:
Post a Comment