Wednesday, 13 March 2013

Indutsri Hiburan: Filem dan Nyanyian


Coretan 8
Indutsri Hiburan: Filem dan Nyanyian

Fuhhh!!! Tajuk yang saya ketengahkan ini bukan main lagi, bagai hendak membuat satu kritikan yang besar. Hehehe!! Sebenarnya hanya tajuk saja yang nampak macam serius tetapi isu yang saya hendak bincangkan di sini ialah mengenai perubahan dalam industri hiburan di negara kita terutamanya dalam bidang perfileman dan nyanyian. Bukan apa, sebab selepas pulang dari kelas tadi saya sempat mendengar lagu era 80-an dan era 90-an. Sangat sedap lirik dan dapat dihayati lirik lagu tersebut.
            Antara lagu yang saya dengar tadi ialah lagu daripada kumpulan AXL’S iaitu lagu yang bertajuk “Andai Dapat ku Undur”. Lagu tersebut bukan sahaja mempunyai mempunyai seni kata yang jelas malah gubahan muzik juga dapat bersama membawa pendengarnya menjiwai lagu tersebut. Terus-terang, apabila mendengar lagu yang berada dalam era tersebut, kita turut dapat merasa lirik lagu tersebut menusuk ke jiwa. Namun, perkara yang saya hendak katakan di sini ialah perbezaan rentak, lirik, gubahan muzik dan sebagainya dengan lagu yang ada pada masa kini sangat jauh berbeza.
            Apa yang berbezanya? Pertamanya, jika kita mendengar lagu pada era 80-an dan 90-an, kita tidak berasa jemu pun untuk mendengar lagu tersebut walaupun telah mendengarnya banyak kali jika dibandingkan dengan lagu pada era kini. Hal ini kerana lagu pada masa kini sangatlah berbeza gubahannya baik dari segi muzik, lirik atau rentaknya. Hal ini juga yang menyebabkan kita tidak dapat menjiwai sangat lagu tersebut dan disebabkan itu kita mudah merasa jemu untuk mendengar lagu tersebut. Saya juga lebih gemar untuk mendengar lagu era 80-an dan 90-an kerana lagu tersebut memberi inspirasi kepada saya walaupun kebanyakan lagu pada era tersebut ialah lagu sentimental.
            Baiklah, kita tinggalkan cerita pasal bidang nyanyian pula. Sekarang saya hendak menceritkan pandangan saya terhadap bidang perfileman pula. Fenomena bidang ini juga sama dengan bidang nyanyian. Filem-filem yang dihasilkan pada masa dahulu lebih meninggalkan kesan kepada penonton berbanding filem pada masa kini. Tidak perlu mengambil contoh filem yang lain, kita ambil filem di bawah arahan dan lakonan P.Ramlee. Filem-filem tersebut sangat meninggalkan kesan kepada penonton dan jika ditonton banyak kali pun kita tidak akan merasa jemu berbanding dengan filem pada masa kini. Jika ada filem baru, saya hanya menonton sekali sahaja dan sudah tidak ada keinginan untuk menonton untuk kedua kalinya kerana tidak ada tarikan yang ada seperti dalam filem P.Ramlee.
            Namun, bagi saya, bagus juga ada perubahan dalam industri perfileman dan nyanyian di negara kita kerana perubahan tersebut menunjukkan kemajuan dalam pelbagai aspek cuma jalan cerita yang kurang berkesan dan kurang meninggalkan kesan kepada penonton. Walau apa pun, coretan ini merupakan luahan atau apa yang saya rasa dalam isu yang saya bangkitkan ini. 


Mari kta saksikan salah satu sedutan filem arahan P.Ramlee



No comments:

Post a Comment