Wednesday, 27 March 2013

Negara Kita Negara Bermaruah


Coretan 18
Negara Kita Negara Bermaruah

Minggu lepas saya menghadiri satu ceramah untuk mengambil lesen iaitu ceramah yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang penceramah yang berbangsa India. Banyak meklumat yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor yang disampaikan oleh beliau.

Namun, bukan itu yang saya ingin kongsikan di sini. Perkara yang saya ingin kongsikan ialah tentang pernyataan yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut iaitu “negara kita negara bermaruah”. Mengapa dia berkata demikian? Pertamanya kerana negara kita mempunyai adat atau kebudayaan yang sopan dan tingkahlaku masyarakat yang bertatatusila. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa negara kita penuh dengan disiplin yang dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat.

Pada pendapat saya, sememangnya negara kita merupakan negara yang sangat bermaruah kerana negara kita merupakan negara yang berdaulat. Namun, jika kita lihat tingkahlaku masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda, kesopanan dan tatatusila mereka sangat mengecewakan. Hal ini boleh kita lihat dari segi perlakuan, penampilan dan bahasa yang digunakan oleh golongan tersebut. Jika dibandingkan dengan dahulu, bahasa yang digunakan sangat sopan didengar.

Jadi, untuk mengekalkan pernyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut, kita sebagi golongan remaja haruslah mempunyai kesedaran tentang menjaga tatatusila baik dari segi bahasa, perlakuan atau penampilan diri. Bersamalah kita memartabatkan maruah negara kita.

No comments:

Post a Comment