Coretan 4
Pengalaman Pertamaku
Mengimbas kembali perkara yang aku lakukan pada pagi tadi iaitu
semasa menghadairi kelas KPD3026 di kampus baharu. Sesungguhnya pengalaman itu
sangat berharga bagi aku yang akan bergelar seorang guru kelak. Sebelum ini
kami telah diberi arahan agar bersedia dengan pengajaran mikro dengan
menggunakan kemahiran set induksi. Pagi tadi merupakn giliran aku dan beberapa
orang rakan yang yang lain untuk membuat pengajaran mikro set induksi. Itu
merupakan pengalaman yang pertama untuk aku walaupun sebelum ini aku pernah
membuat pengajaran mikro di depan rakan-rakan lain tapi ternyata yang pagi tadi
sangat berbeza dengan yang sebelum ini.
Sebelum bermula kami telah menyusun kelas seperti keadaan kelas
sebenar. Pernah saya saya memberitahu rakan saya ketika itu bahawa perasaan
saya pada ketika itu seperti mahu pergi berperang rasa gemuruhnya. Hal ini
kerana pengajaran mikro ini merupakan satu set pengajaran yang menggunakan
rancangan dan idea saya sendiri. Apa yang dirisaukan ialah sama ada sesi
pengajaran mikro tersbut berjaya atau tidak. Saya merupakn pelajar kelima yang
akan membuat sesi pengajaran mikro. Berbekalkan semangat rakan yang terdahulu,
saya memulakan set induksi dengan yakin berbantukan alat mengajar yang telah
disediakan.
Semasa berlakunya sesi pengajaran itu, saya bersyukur kerana
penerimaan pelajar (rakan-rakan lain yang menjadi pelajar) amat
memberansangkan. Walupan bahan yang saya gunakan tidak begitu formal, bahan
tersebut sangat dapat menarik perhatian pelajar. Sebenarnya penggunaan unsur
lawak dalam sesi pengajaran saya itu adalah untuk mengelakkan pelajar bosan dan
berminat untuk belajar isi pelajaran yang akan diajarkan. Sepanjang masa lima
minit itu, saya dapat juga mengawal keadaan kelas dan dapat berinteraksi dengan
pelajar dengan baik.
Selepas selesai sesi pengajaran mikro itu, penilai saya memberi
komen yang baik terhadap persembahan saya namun rakan-rakan yang lain
mengatakan saya bercakap terlalu laju...hehehhe...Kebanyakan tugasan yang
memerlukan saya bercakap di hadapan memang saya akan mendapat komen yang sama
iaitu bercakap terlalu laju. Saya telah berusaha untuk mengawal percakapan saya
tapi masih juga mendapat komen yang sama. Mungkin disebabkan keterujaan yang
tinggi. Selain itu pensyarah juga turut memberikan komen terhadap persembahan
saya mengatakan kaitan set induksi dengan isi pelajaran kurang kaitan dengan
aspek bahasa. Memang saya tidak nafikan sebab itu kesilapan saya sendiri kerana
sebenarnya saya ingin mengajar penulisan rumusan karangan tetapi tidak
menyatakan kemahiran yang ingin diajar dalam set induksi tersebut.
Walau apa pun, pengalaman pagi tadi sangat bermakna kepada saya
kerana walaupun dengan perancangan yang kecil, sesi pengajaran dapat dilakukan
dengan jayanya walaupun ada sedikit kekuranga yang boleh diperbaik. Terima
kasih buat semua rakan-rakan dan pensyarah yang memberi komen, teguran, nasihat
dan dorongan. Semua kata-kata itu akan saya jadikan untuk membuat lebih baik
pada masa akan datang dan terus terang sesi pengajaran pagi tadi membuatkan
saya tidak sabar untuk pergi ke sekolah untuk berpraktikal atau mengajar...:)
Celik
Insan
Kerana
Guru
Unggul
No comments:
Post a Comment