Coretan 17
Ulangtahun Kelahiran ke-24 (Erti Persahabatan)
Terimbas kembali ke 25 Mac
2013 yang lalu yang mana merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-24
diraikan penuh dengan kejutan. Sejak tengah malam saya sudah menerima banyak
ucapan dan doa daripada rakan-rakan. Macam-macam jenis ucapan yang telah
dihantar kepada saya pada hari tersebut. Namun, saya sangat bersyukur kerana
masih banyak rakan-rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran saya walaupun
sudah lama tidak berjumpa.
Mulanya pada petang tersebut
saya meraikan hari jadi tersebut di pizza. Kenyang juga makan. Selepas itu saya
pergi untuk latihan tarian. Selepas balik dari berlatih tarian dari kampus lama
pula, rakan-rakan yang lain membuat kejutan lagi dengan meraikan hari jadi
saya. Mereka sanggup membeli kek juga. Saya rasa sangat terharu dengan kejutan
yang mereka lakukan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. Sampai di
rumah pula, rakan sebilik juga membuat kejutan dengan membeli kek untuk saya
juga. Pada hari tersebut memamg saya sangat puas makan kek.
Perkara yang saya ingin
tonjolkan di sini ialah tentang persahabatan yang terjalin. Pada hari penting
tersbut banyak rakan-rakan yang datang mengucapkan doa, ucapan dan meraikan
hari jadi tersebut. Persahabtan merupakan satu jalinan hubungan yang sangat
diperlukan dalam hidup. Jadi, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat
sahabat yang bukan hanya ada bersama
saya ketika senang tetapi juga ada bersama saya ketika saya susah.
Pada hari tersebut saya juga
menyedari yang persahabatan yang dijalinkan bukan hanya untuk mengisi masa
lapang, keluar bersama tetapi lebih daripada itu kerana sahabatlah tempat kita
meluahkan segala masalah selain dari keluarga. Sahabat juga yang mengambil
berat tentang kita, membuatkan kita ketawa ketika kita dalam kesdihan dan
selainnya. Terima kasih buat semua sahabat saya.

No comments:
Post a Comment