Tuesday, 12 March 2013

Semester 6: Cabaran Mendewasakan


Coretan 7
Semester 6: Cabaran Mendewasakan

Dimulakan dengan pengenalan diri iaitu saya merupakan seorang pelajar semester enam dan mengambil kursus Pendidikan Bahasa Melayu. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dan dugaan yang ditempuhi pada semester enam walaupun belum selesai lagi perjalanan sebagai seorang pelajar semester enam. Bermulanya pada minggu pertama, pensyarah sudah memberikan pelbagai tugasan mengikut senarai kursus yang diambil pada semester ini. Tugasan yang diberikan adalah dalam pelbagai bentuk dan format untuk dilakukan oleh pelajar.
Bagi memulakan tugasan tersebut, saya memilih untuk menyelesaikan tugasan yang tidak memerlukan saya untuk membuat kajian luar iaitu tugasan yang berbentuk teori dan hanya memerlukan rujukan kepustakaan atau rujukan elektronik sahaja. Banyak juga tugasan yang memerlukan saya pergi keluar untuk membuat kajian luar dan memerlukan masa dan tenaga. Selain tugasan, saya juga perlu memikirkan lagi tajuk untuk projek tahun akhir. Memikirkan tajuk untuk projek tahun akhir bukanlah satu kerja yang mudah kerana tajuk tersebut memainkan peranan yang penting untuk proses pelaksanaan projek tersebut kelak.
Tambahan lagi, selain projek tahun akhir, saya juga perlu melakukan pengajaran mikro dan pengajaran makro. Pengajaran mikro ini pula memerlukan saya untuk merancang sebuah pengajaran di dalam kelas dengan menggunakan idea atau perancangan sendiri. Selain itu, pengajaran makro pula memerlukan saya pergi ke sekolah untuk melakukan tugasan tersebut. Pengajaran ini juga memerlukan sebuah perancangan pengajaran yang sistematik agar mudah untuk dilaksanakan. Tidak cukup untuk itu, saya juga turut dipilih untuk mewakili universiti dalam pertandingan tarian pada bulan April kelak. Jadi, saya terpaksa turun berlatih setiap malam.
Fuhhh!!! Sangat banyak perkara yang perlu dilaukan pada semester enam ini. Rentetan tugasan atau kerja-kerja di atas bukanlah bertujuan untuk mengeluh tetapi untuk menunjukkan betapa besarnya cabaran yang dihadapi sebagai seorang pelajar semester enam. Namun, semua itu bukanlah satu alasan untuk saya berputus asa atau mengalah dengan setiap cabaran tersebut. Sesungguhnya semua pengalaman yang ditimba selama semester satu hingga semester lima sangat berguna untuk menguruskan keadaan seperti ini. Dari semua ini saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik kerana jika silap pengrusan masa, sudah tentu saya akan ketinggalan dalam setiap tugasan dan akhirnya setiap tugasan tersebut tidak dapat disempurnakan. Jadi, cabaran tersebut telah lebih mendewasakan saya untuk menjadi seorang yang lebih bijak menguruskan semua perkara.



“Jangan sesekali mengalah sebelum kita mencuba”




No comments:

Post a Comment