Sunday, 10 March 2013

Hubungan Silaturahim Dieratkan

Coretan 5
Hubungan Silaturahim Dieratkan


Petang tadi mira-kira pukul 2.00 petang telah tamat program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba (JMKZ) iaitu program Hari Keluarga. Program ini telah bermula sejak semalam dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti atau latihan dalam kumpulan yang menarik. Antara aktiviti yang diadakan ialah senam robik, latihan dalam kumpulan, sukaneka, explorace dan aktiviti-aktiviti yang lain. Di samping itu juga terdapat banyak hadiah yang menarik yang ditawarkan bagi setiap aktiviti. Keadaan ini menyebabkan para peserta bersemangat untuk menang dan merebut hadiah yang ditawarkan.

Walupan dalam keadaan cuaca yang panas, para peserta tidak sedikit pun putus asa untuk menyertai aktiviti yang dijalankan malah mereka lebih bersemangat kerana seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang paling seronok ialah aktiviti sukaneka "belon kasih sayang" kerana permainan ini memerlukan para perserta membaling belon yang berisi air kepada rakan dengan keadaan tangan bersalut minyak masak. Aktiviti ini sangat menyeronokan dan mencabar minda serta kesabaran.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penghuni-penghuni kolej Za'ba. Saya rasa, sepanjang menyertai program tersebut, objektif tersebut sangat tercapai kerana pada awal program, ramai perserta yang agak pasif dan kurang aktif serta kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Namun, pada hari ini, hubungan di antara mereka sangat ketara nampak lebih erat dibandingkan dengan semalam. Mereka boleh bergurau senda, bertanya khabar, senyum dengan rakan-rakan dan lain-lain.

Saya rasa program seperti ini sangatlah bermanfaat dan berkesan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat bekerjasama dalam pasukan. Aktiviti yang dijalankan juga mampu menguji minda di samping dapat mengeratkan lagi hubungan di antara peserta. Program ini wajar diadakan setiap semester untuk merapatkan hubungan antara penghuni terutama untuk pelajar semester satu yang masih belum biasa dengan persekitaran kampus atau kolej. Mari kita lihat kenangan-kenangan yang dicipta sepanjang program tersebut.














Sehari Bersama, Sedekat Terasa.

No comments:

Post a Comment