Coretan
6
“Turun
Seperti Artis, Naik Seperti Pelarian”
“Turun Seperti Artis, Naik Seperti Pelarian”.
Begitulah keadaan yang saya alami untuk pergi kuliah pagi tadi. Kata-kata ini
adalah diibaratkan kepada penumpang-penumpang bas kitaran yang digunakan untuk
pergi ke kuliah. “Turun seperti artis” kerana apabila penumpang tersebut turun
dari bas, mereka berjalan seolah-olah seorang artis yang sedang berjalan di
atas karpet merah. Untuk menunggu mereka berjalan keluar dari bas sahaja
mengambil masa yang lama. “Naik seperti pelarian” kerana apbila naik bas, semua
penumpang bas kitaran tersebut berebut seolah-olah seperti seorang pelarian
yang lari untuk menyelamatkan diri.
Pada pagi tadi, saya mengalami keadaan yang dihimpit
oleh penumpang-penumpang lain semasa menaiki bas. Saya memang telah berada di
hadapan sekali sebelum bas tersebut berhenti. Bayangkan saya dan pelajar lelaki
lain dihimpit oleh golongan wanita semasa ingin menaiki bas sehinggakan saya
menjerit “janganlah bertolak-tolak” kerana sudah hilang kesabaran dan selepas
itu barulah mereka naik dengan keadaan teratur. Saya sebagai seorang lelaki
sangat berusaha untuk mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan golongan
wanita kerana saya amat menghormati mereka walaupun pada masa itu bukan hanya
saya sahaja lelaki yang menaiki bas. Namun, apabila menaiki bas, semua
kesopanan, tatatusila dan batas-batas itu telah hilang sama sekali. Dalam hal
ini, sya perhatikan lelaki lebih mengalah berbanding wanita kerana mereka takut
untuk bersentuhan.
Bagi saya, sebagai seorang yang tahu batas-batas
tidak kira walau apa jua keadaan. Saya tahu mungkin ada yang terlewat untuk
pergi ke kelas namun janganlah sampai jadi macam itu kerana tidak baik
dipandang oleh orang lain. Semasa minggu orentasi dulu juga kita dilatih untuk
beratur untuk menaiki bas. Saya rasa, jika semua orang mengamalkan amalan
tersebut, tidak akan jadi masalah berebut bas atau keadaan yang
berhimpit-himpit. Lagipun, perkhidmatan bas yang disediakan pada masa ini
sangat memuaskan kerana setiap setengah jam akan ada bas untuk mengambil
pelajar di setiap destinasi menunggu bas.
Jadi, komen ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa
tetapi juga sebagai peringtan kepada diri-sendiri kerana untuk memupuk satu
kelakuan yang baik bukanlah memerlukan pengorbanan orang lain namun bermula
dari diri kita sendiri unuk berubah. Jadilah seorang yang mengamalkan nilai
yang baik dalam setiap masa, keadaan dan walau dimana saja kita berada. Bagi
saya, perlakuan seorang itu meruakan gambaran sebenar perangai atau sifat tuan
empunya badan.
“Jadilah
insan yang cemerlang akal dan sifat”
No comments:
Post a Comment