Coretan
10
Borak-Borak Pasal Adat
(Adat Iban)
Semalam (14 Mac 2013), semasa menunggu untuk masuk ke kelas,
saya dan rakan-rakan smpat berbual di laur kelasa sementara menunggu orang lain
keluar. Banyak topik yang kami bincangkan termasuklah pasal tugasan, basikal
dan topik-topik yang lain. Sampailah suatu ketika salah seorang rakan yang
bertanya tentang adat Iban kepada saya. Adat yang ditanya ialah adat berkaitan
dengan adat pertunangan kaum Iban. Banyak yang mereka soalkan kepada saya kerana
mereka ada sifat ingin tahu.
Mereka bertanykan cara adat tersebut dilaksanankan dan saya
menjelaskan dengan mengtakan bahawa satu majlis pertunangan perlulah
dipersetujui oleh kedua-dua orang tua dan mengumpulkan semua penduduk kampung
untuk hadir ke majlis tersebut. Tujuan utama menjemput penduduk kampung ialah
sebagai saksi yang menunjukkan bahawa pasangan tersebut telah sah bertunang
agar tidak ada fitnah atau cemuhan daripada orang kampung pasal hubungan
pasangan tersebut.
Sekali lagi mereka bertanya, sekiranya putus tunang, ada atau
tidak adat dalam kaum Iban. Saya menjelaskan lagi bahawa jika putus tunang,
adat "nganjung tinchin" atau menghantar cincin perlu
dilakukan. Pasangan yang memutuskan pertunangan pula akan dikenakan hukuman
yang ditetapkan tuai rumah atau ketua kampung. Rakan-rakan saya bertanya lagi
tentang bentuk hukuman yang dikenakan. Saya menjelaskan hukuman tersebut
bergantung kepada sebab putus tunang. Ada hukuman "mangkung empat",
"mangkung lapan", "mangkung dua belas" dan
sebagainya. Sekali lagi mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan
hukuman-hukuman tersebut. Angka yang disebut dalam hukuman tersebut menunjukkan
jumlah wang yang perlu dibayar oleh pihak yang memutuskan pertunangan.
Sekali lagi mereka bertanya mengapa bayaran tersebut sangat
rendah dan saya menjelaskan lagi bahawa dalam masyarakat Iban, hukuman yang
dikenakan memang rendah tetapi nilai maruah dan malu yang ditanggung oleh
pesalah adalah sangat besar jika dibandingkan dengan bayaran hukuman tersebut.
Hal ini kerana adat "nganjung tinchin" ini juga disaksikan
oleh semua penduduk kampung. Hal ini menyebabkan ahli kelurga yang memutuskan
hubungan pertunangan akan mendapat malu.
Kesudahannya, saya berasa seronok kerana dapat berkongsi budaya
masyarakat Iban dengan rakan-rakan. Lagipun mereka mempunyai rasa ingin tahu
yang mendalam dan hal itu menunjukkan mereka boleh menerima dan menghormati
budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Inilah yang dikatakan kita satu bangsa, satu negara dan satu Malaysia.
Kita
Satu Bangsa
Satu Negara
Satu Malaysia
No comments:
Post a Comment