Wednesday, 27 March 2013

Negara Kita Negara Bermaruah


Coretan 18
Negara Kita Negara Bermaruah

Minggu lepas saya menghadiri satu ceramah untuk mengambil lesen iaitu ceramah yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang penceramah yang berbangsa India. Banyak meklumat yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor yang disampaikan oleh beliau.

Namun, bukan itu yang saya ingin kongsikan di sini. Perkara yang saya ingin kongsikan ialah tentang pernyataan yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut iaitu “negara kita negara bermaruah”. Mengapa dia berkata demikian? Pertamanya kerana negara kita mempunyai adat atau kebudayaan yang sopan dan tingkahlaku masyarakat yang bertatatusila. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa negara kita penuh dengan disiplin yang dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat.

Pada pendapat saya, sememangnya negara kita merupakan negara yang sangat bermaruah kerana negara kita merupakan negara yang berdaulat. Namun, jika kita lihat tingkahlaku masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda, kesopanan dan tatatusila mereka sangat mengecewakan. Hal ini boleh kita lihat dari segi perlakuan, penampilan dan bahasa yang digunakan oleh golongan tersebut. Jika dibandingkan dengan dahulu, bahasa yang digunakan sangat sopan didengar.

Jadi, untuk mengekalkan pernyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut, kita sebagi golongan remaja haruslah mempunyai kesedaran tentang menjaga tatatusila baik dari segi bahasa, perlakuan atau penampilan diri. Bersamalah kita memartabatkan maruah negara kita.

Ulangtahun Kleahiran ke-24 (Erti Persahabatan)


Coretan 17

Ulangtahun Kelahiran ke-24 (Erti Persahabatan)

Terimbas kembali ke 25 Mac 2013 yang lalu yang mana merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-24 diraikan penuh dengan kejutan. Sejak tengah malam saya sudah menerima banyak ucapan dan doa daripada rakan-rakan. Macam-macam jenis ucapan yang telah dihantar kepada saya pada hari tersebut. Namun, saya sangat bersyukur kerana masih banyak rakan-rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran saya walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Mulanya pada petang tersebut saya meraikan hari jadi tersebut di pizza. Kenyang juga makan. Selepas itu saya pergi untuk latihan tarian. Selepas balik dari berlatih tarian dari kampus lama pula, rakan-rakan yang lain membuat kejutan lagi dengan meraikan hari jadi saya. Mereka sanggup membeli kek juga. Saya rasa sangat terharu dengan kejutan yang mereka lakukan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. Sampai di rumah pula, rakan sebilik juga membuat kejutan dengan membeli kek untuk saya juga. Pada hari tersebut memamg saya sangat puas makan kek.

Perkara yang saya ingin tonjolkan di sini ialah tentang persahabatan yang terjalin. Pada hari penting tersbut banyak rakan-rakan yang datang mengucapkan doa, ucapan dan meraikan hari jadi tersebut. Persahabtan merupakan satu jalinan hubungan yang sangat diperlukan dalam hidup. Jadi, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat sahabat yang bukan hanya ada  bersama saya ketika senang tetapi juga ada bersama saya ketika saya susah.

Pada hari tersebut saya juga menyedari yang persahabatan yang dijalinkan bukan hanya untuk mengisi masa lapang, keluar bersama tetapi lebih daripada itu kerana sahabatlah tempat kita meluahkan segala masalah selain dari keluarga. Sahabat juga yang mengambil berat tentang kita, membuatkan kita ketawa ketika kita dalam kesdihan dan selainnya. Terima kasih buat semua sahabat saya.




Kebersihan Tanggungjawab Bersama


Coretan 16
Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Petang tadi semasa menggunakan bas balik dari kampus lama, saya nampak ada sampah yang diselitkan di tempat duduk bas tersebut. Saya pun terfikir mengapa ada sampah di dalam bas sedangkan yang menggunakan bas tersebut merupakan golongan mahasiswa yang saya rasa sudah pasti mengetahui tentang kepentingan kebersihan. Bukannya satu kerja yang susah untuk membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan sekali lagi saya terkejut kerana di dalam bas tersebut juga ada disediakan tong sampah.

Sebagai seorang yang berpelajaran, kita harus mengtahui tentang pentingnya kebersihan walau di mana sahaja kita berada. Mungkin si pembuang sampah tersebut menganggap bas tersebut bukan tempat tinggal dia dan sesuka hati hendak membuang sampah merata-rata tempat tetapi tidakkah dia berfikir bahawa pengguna lain yang turut menggunakan perkhidmatan tersebut dan menginginkan suasana yang bersih dan selesa.

Sebenarnya saya sangat kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang tidak  prihatin terhadap kebersihan sedangkan kebersihan tersebut merupakan tanggungjawab bersama. Seperti yang berlalku di dalam bas tadi, mengapa tidak si pembuang sampah tersebut membuang sampah ke tempat yang betul. Hal ini bukan sahaja menjadikan suasana lebih selesa malah menjadikan keadaan sekeliling mejadi lebih bersih dan segar.

Jadi, bagi saya membuang sampah di merata-rata tempat adalah satu perlakuan yang tidak bermoral kerana sejak kecil lagi kita telah dididik untuk menjaga kebersihan untuk mejamin kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Kalau kita sendiri tidak berupaya untuk mengubah tingkahlaku, sampai bila-bila tingkahlaku tersbut akan menjadi tabiat kita. Tingkahlaku manusia melambangkan keperibadian seseorang. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sampah yang dibuang di dalam bas.





"Kebersihan Tanggungjawab Bersama"




Wednesday, 20 March 2013

Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Coretan 15
Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Menjadi satu fenomena yang sangat menarik jika kita lihat pada masa kini yang mana sudah banyak kemajuan dan perubahan dalam arus teknologi kita. Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah sekarang ini bukan sahaja orang dewasa yang boleh memiliki telefon bimbit malah kanak-kanak seawal umur sembilan tahun atau kurang sudah pandai menggunakan kemudahan tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada yang menggunakan tab, ipad dan gajet yang lain.

Jika dibandingkan dengan generasi saya dahulu, masuk tingkatan emapt atau lima barulah sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Itupun telefon yang hanya mempunyai fungsi asas sahaja seperti untuk mendail dan menghantar mesej (sms). Sangat cepat dunia sekarang ini berubah baik dari segi pembangunan mahupun teknologinya.

Tidak saya nafikan perbuhan ini sangat baik bagi kemudahan semua pengguna namun ada kontranya juga kemajuan teknologi tersebut. Sebagai contoh yang saya lihat, kanak-kanak pada amsa sekarang hanya bertemankan gajet untuk bermain dan kurang pergaulan dengan rakan-rakan yang lain. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa atau pelajar juga melakukan perkara yang sama iaitu hanya berkomunikasi dengan gajet sahaja dan tidak menghiraukan orang sekeliling.

Keadaan seperti ini akan merugikan semua orang kerana bagi saya kekurangan pergaulan dengan orang lain menyebabkan kita kurang mesra dan mengakibatkan kita kekurangan rakan pergaulan. Bukan itu sahaja malah banyak lagi keburukan bertemankan gajet ini seperti kurang komunikasi dengan orang lain, kurang mesra dengan rakan dan sebagainya. Jadi, bagi saya , biarlah teknologi terus berubah tetapi jangan samapi teknologi tersebut mengubah kita manusia juga.







Belajar Komsas Bosan???

Coretan 14
Belajar Komsas Bosan???

Tadi semasa menghadiri kelas Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, pensyarah banyak mengulas tentang isu yang mengatakan pengajaran dan pembelajaran Komsan di dalam kelas sangat membosankan.  Banyak ulasan yang diberikan oleh beliau tentang isu ini ternasuklah faktor, pandangan, sikap guru, kaedah pengajaran dan sebaginya.Sebenarnya pengajaran dan pembelajaran Komsas merupakan satu proses pengajarn yang sangat seronok jika kena pada kaedahnya.

Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran bidang ini ialah kaedah bersyarah dan kaedah ini yang menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mengikuti proses pembelajaran ini.HHal ini terjadi kerana pelajar tidak terlibat langsung dengan proses pengajaran dan hanya berperanan sebagai pendengar. Proses pengajaran yang hanya berpusatkan kepada guru sahaja tidak dapat menarik minat dan merangsang pemikiran pelajar.

Faktor yang paling penting untuk menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok ialah faktor guru. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru sepatutnya mencari kaedah atau pendekatan yang paling sesuai untuk dibawa ke dalam kelas sebagai bahan atau media pengajaran. Jika guru menggunakan pelabagai teknik pengajaran seperti simulasi, tunjuk cara, lakonan, main peranan dan kaedah lain yang lebih efektif.


Perkara yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu melibatkan murid dalam proses tersebut kerana jika mereka terlibat, pembelajaran yang mereka lalui akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Tambahan pengajaran yang berpusatkan kepada murid akan meningkatkan pelbagai kemahiran murid yang lain. Jadi, jika guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, isu membosankan tidak akan timbul dalam pengajaran Komsas di sekolah.



Tuesday, 19 March 2013

Etika Berpakaian Guru

Coretan 13
Etika Berpakaian Guru


Semasa melayari internet untuk mencari bahan sebagai media untuk pengajaran mikro, saya terjumpa lukisan kartun di atas. Lukisan kartun tersebut menunjukkan ketidaksesuaian guru dalam etika berpakaian. Bayangkan jika seorang guru tersebut memakai kebaya atau baju kurung untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di atas padang. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan proses pengajaran tidak berkesan malah guru juga turut tidak selesa dengan pemakaian tersebut.

Etika berpakaian dalam mengajar sesuatu subjek adalah memainkan peranan yang penting kerana pakaian yang tidak sesuai menyebabkan guru tidak dapat bergerak dengan sempurna dan keadaan ini akan menyebabkan pengajaran yang memerlukan pergerakan tidak berjaya. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru yang profesional, saya berpendapat seorang guru haruslah bijak memilih penampilan yang menarik untuk tujuan mengajar. Hal ini kerana penampilan guru sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk belajar malah dapat meningkatkan keyakinan guru itu sendiri.


Guru yang bijak dalam membuat penampilan diri juga akan menjadi idola atau menjadi contoh etika berpakaian kepada pelajar. Hal ini dikuatkan lagi dengan satu pepatah yang saya selalu dengar iaitu “jika guru kencing berdiri, maka pelajar akan kencing berlari”. Pepatah ini menerangkan bahawa pelajar akan mengikut segala tindakan atau sikap guru sama ada tindakan tersebut baik atau tidak. Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru berperanan penting untuk membina perwatakan pelajar.

Lelaki Curang?

Coretan 12
Lelaki Curang?
Siang tadi ada seorang rakan saya bertanya “Mengapa kebanyakan lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita?”. Saya terkesima sekejap dengan pertanyaan rakan saya tersebut. Namun, pada mulanya saya tidak memberi komen yang banyak tentang persoalan tersebut. Rakan saya tersebut meminbta saya mengulas juga tentang pertanyaannya itu. Saya hanya mengatakan bukan semua lelaki bertindak seperti itu kerana setiap manusia mempunyai perwatakan, pemikiran dan pandangan yang berbeza dalam sesuatu hubungan.

Saya menambah lagi, curang yang bermula dari lelaki itu mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya mungkin lelaki tersebut tidak serius dalam perhubungan, tidak matang, tidak kuat iman dan sebagainya. Saya menambah lagi mungkin juga disebabkan oleh sikap pasangan wanita tersebut yang mempunyai pemikiran, perwatakan, pandangan atau sikap yang berbeza dengan seorang lelaki. Hal ini juga boleh menyebabkan sesuatu hubungan menjadi tidak kukuh.

Saya menceritakan semua ini dalam blog ini bukan hendak menggalakkan perhubungan percintaan namun komen atau pendapat saya ini adalah secara menyeluruh iaitu melibatkan pasangan bercinta, pasangan tunang atau pasangan suami isteri. Sekarang ini banyak kita dengar kes penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan yang kahwin muda.


Pada pendapat saya, dalam sesuatu perhubungan yang serius, tidak ada mana-mana pihak yang bersalah jika pasangan tersebut sudah cukup bersedia untuk menjalinkan sebuah hubungan yang serius. Isu banyak lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita ini juga tidak mungkin wujud jika pasangan tersebut serius untuk menjalinkan hubungan kerana sesuatu hubungan seperti berumah tangga bukanlah satu hubungan yang hanay boleh kelkal satau atau dua hari sahaja. Konklusi kepada pertanyaan rakan saya tadi, tidak semua lelaki cenderung untuk curang dan perlakuan curang tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa sebab


Kajian Mengenai Lelaki Curang