Sunday, 14 April 2013

Layanan di Kaunter


Catatan 25
Layanan di Kaunter


Sekarang ini banyak orang mengatakan bahawa layanan penyambut tetamu atau operator yang di kaunter sangat kurang dan tidak mesra. Sebenarnya saya pun pernah terkena dengan keadaan atau situasi seperti ini di salah sebuah agensi iaitu di pejabat pos. Layanan yang diberikan sangat tidak mesra dan membuatkan saya sebagai pelanggan berasa tidak puas hati dengan layanan tersebut. Layanan yang diberikan tanpa senyuman dengan operatot tersebut bercakap dengan nada suara yang tinggi tidak seperti yang sepatutnya yang diamalkan oleh seorang pelayan di kaunter.

Sebagai seorang pelanggan sudah tentu kita menginginkan layanan yang terbaik kerana kita datang ke agensi atau pejabat mereka untuk menunggunakan khidmat mereka dan sudah pasti kita mahukan layanan yang setimpal dengan apa yang kita harapkan. Bukan susah untuk menjadi seorang pelayan yang mesra pengguna. Kita hanya perlu senyum dan menggunakan nada suara yang sesuai agar pelanggan yang menggunakan khidmat kita tidak berasa jemu untuk menggunakan khidmat yang kita tawarkan.

Tambahan pula, sekarang ini banyak iklan atau kempen kerajaan yang menyeru agar semua masyarakat Malaysia termasuk pelayan di akunter untuk mesra pengguna. Tidak rugi kita melemparkan senyuman dan memberikan layanan yang baik kepada pelanggan perkhidmatan kita kerana hal ini akan membuatka npelanggan berasa berpuas hati dan akan menggunakan perkhidmatan kita pada urusan yang seterusnya. Tetapi, kekurangan layanan yang ,esra tersebut kerana mungkin disebabkan oleh tekanan atau bebanan kerja yang dipikul oleh mereka setiap hari namun bagi saya itu bukan alasannya kerana dalam pekerjaan kita sudah ada mempunyai nilai profesional dan masalah tersebut tidak sepatutnya timbul.

Keindahan Bumi Malaysia


Catatan 24
Keindahan Bumi Malaysia

Pada Jumaat lepas (13 Mei 2013), saya dan beberapa orang rakan telah berpakat untuk pergi ke Cameron Highland dan I-City.  Saya cuma hendak berkongsi pengalaman semasa melawati dua tempat yang menarik tersebut. Pertamanya, Cameron Highland merupakan satu tempat yang terletak di negeri Pahang. Apabila kami sampai di sana, saya terpegun kerana di situ terdapat banyak tempat yang menarik dan suasana udara yang nyaman. Selain adanya kebun-kebun bunga dan ladang strawberi, terdapat juga ladang teh dan pusat bandar yang memang mnarik dan mempunyai konsep tersendiri. Banyak tempat yang kami lawati semasa berada di sana dan sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.






Tempat kedua yang kami kunjungi pada hari tersebut ialah bandar I-City yang terletak di Shah Alam. Apabila sampai di tempat tersebut, sekali lagi saya berasa terpegun dan teruja dek kerana keindahan tempat tersebut yang dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna-warni. Lama telah saya menyimpan hasrat untuk mengunjungi tempat tersebut dan akhirnya tercapai juga. Tempat ini merupakan tempat yang dipenuhi dengan pelbagai warna lampu neon yang sangat menarik dan tempat ini men jadi tumpuan para pengunjung yang sangat ramai.






Perkara yang saya ingin tonjolkan di sini ialah tentang keindahan bumi Malaysia yang mungkin kita tidak perasaan. Untuk pergi ke tempat tersebut bukannya menggunakan perbelanjaan yang banyak kerana darjah ketersampaiannya sangat tinggi. Bayangkan saya hanya membelanjakan RM68.70 sahaja sepanjang hari tersebut kerana kami berkongsi empat orang. Di negara kita sendiri mempunyai tempat menrik untuk dilawati bersama rakan atau keluarga berbanding melawati tempat di luar negara yang menggunakan perbelanjaan yang besar. Jadi, sokonglah kempen “Cuti-cuti Malaysia”.

Friday, 12 April 2013

Pameran Amal Lahad Datu


Catatan 23
Pameran Amal Lahad Datu




Pagi tadi sebelum balik ke Tanjung Malim, saya sempat berjalan-jalan di Stesen Bas Puduraya dan saya nampak ada pameran di penghujung stesen bas tersebut. Rupanya pameran tersebut ialah pameran amal yang dijalankan oleh kerjasama beberapa pihak tertentu. Banyak gambar-gambar yang dipamerkan di pameran tersebut. Banyak gambar yang menyanyat hati yang dipamerkan di pameran tersebut.

  

Ini merupakan gambar yang menunjukkan seorang pekedai yang melihat keadaan kedainya yang musnah akibat perperangan yang berlaku.

 
Gambar ini menunjukkan kanak-kanak bermain dengan kelongsong peluru.

  
Gambar ini pula menunjukkan seorang penuduk yang kesedihan melihat rumahnya musnah akibat berlakunya perperangan.

Di sini saya ingin kongsikan apa yang saya rasa apabila melihat pameran tersebut yang memaparkan banyak gambar yang menggambarkan kejadian di bumi Lahad Datu tersebut. Apa yang menyedihkan ialah banyak rakyat yang terkorban dan banyak juga harta benda yang musnah akibat kejadian tersebut. Namun kita juga tetap bersyukur kerana kepekaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Banyak pameran gambar yang sangat menyayat hati seperti gambar beberapa orang kanak-kanak yang terpaksa berkongsi makan di dalam satu pinggan dan hanya berlaukkan mi segera sahaja. Selain itu, walaupun dalam keadaa yang huru-hara, meraka juga tidak mengabaikan pelajaran kerana mereka boleh belajar di mana sahaja namun saya tidak sempat untuk mengambil gambar tersebut. Jadi, kita mestilah menjaga keamanan negara kita agar menjamin kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan.







Pengalaman Menjadi Guru 40 Minit


Coretan 22
Pengalaman Menjadi Guru 40 Minit

Pada 10 April yang lepas, saya telah berkesempatan untuk menjadi guru di sebuah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Luar Bandar No. 1 Sibu di Sarawak. Sebenarnya menjadi guru pada masa itu merupakan satu tugasan salah satu kursus yang saya ikuti di universiti iaitu saya dikehendaki menjalankan pengajaran makro di sebuah sekolah selama 40 minit atau satu masa sesi pengajaran. Pada masa tersebut barulah saya mengetahui bagaimana keadaan sebenar untuk melakukan sesuatu sesi pengajaran. Pelaksanaan untuk melaksanakan sesi pengajaran bukalah sesuatu yang mudah.

Sehari sebelum itu saya terpaksa berjumpa dengan pengetua untuk meminta kebenaran untuk melakukan pengajaran makro di sekolah tersebut. Bersyukur sekali lagi kerana pengetua sekolah sekolah tersebut sangat peramah dan memberi kelulusan kepada saya untuk melakukan pengajaran makro di sekolah tersebut dan saya dikehendaki mengajar Tingkatan 1 (1A). Selepas itu saya menyediakan rancangan pengajaran dan juga bahan pengajaran. Memikirkan perkara yang harus dipelajari oleh pelajar juga bukan satu perkara yang mudah ditambahkan lagi dalam masa yang singkat iaitu hanya 40 minit sahaja. Mujurlah segalanya berjalan dengan lancar.

Pada hari saya mengajar tersebut, rasa gemuruh dan gementar menyelubungi diri saya kerana itu merupakan pengalaman pertama masuk dalam kelas dan melakukan sesi pengajaran dan ditambahkan lagi adanya guru panatia yang menilai dari belakang kelas. Masuk sahaja ke dalam kelas pelajar mengucapkan “selamat pagi” dan dari situlah timbulnya aura sebagai seorang guru. Bersyukur sangat pada hari terswebut kerana pengajaran yang saya rancang berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Pelajar pun berasa seronok dengan pengajaran yang saya rancang.

Setelah selesai, saya berjumpa dengan guru penilian dan berbincang dengan beliau. Banyak komen membina yang diberikan oleh beliau terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan. Namun bagi kali pertama mengajar, itu merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna untuk saya. Walaupun hanya 40 minit, tetapi aura menjadi guru dapat saya rasakan kerana saya dapat merasakan sendiri pengalaman mengajar di sekolah. Pengalaman yang saya tidak akan lupakan.








Pengajaran Menggunakan Lagu Puisi


Coretan 21
Pengajaran Menggunakan Lagu Puisi

Baru saya teringat pada minggu lepas semasa saya menghadiri kelas media dalam pengajaran bahasa Melayu. Sangat menarik pembentangan yang dibentangkan oleh kumpulan pembentang. Lagu puisi yang digunakan ialah lagu "Tetamu Senja" dendangan kumpulan kopratasa. Banyak input yang  diberikan oleh mereka terutama input dari segi aktiviti pengajaran menggunakan lirik lagu tersebut. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa lagu tersebut boleh digunakan sebagai media pengajaran tatabahasa dan bidang bahasa yang lain seperti keindahan bahasa seperti diksi, bahasa kreatif dan sebagainya.

Jadi, pada pendapat saya mengajar bahasa bukanlah sesuatu yang rumit kerana pelbagai bahan yang boleh digunakan kita untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penggunaan lagu puisi jarang sekali digunakan oleh guru untuk digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas. Sebenarnya bahan seperti ini boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.

Selain itu, saya juga berpendapat banyak istilah yang terkandung dalam lirik lagu tersebut yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran tatabahasa kerana setiap lirik lagu mempunyai istilah atau kata-kata yang produkif untuk digunakan sebagai bahan pengajaran tatabahasa. Tambahan pula kata-kata dalam puisi ini merupakan kata-kata yang mudah difahami oleh golongan pelajar.

Tuntasnya, penggunaan lagu puisi dalam pengajaran bahasa sangatlah efektif da produktif. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru haruslah mempelbagaikan teknik atau kaedah pengajaran agar bolh mewujudkan suasana pengajaran yang seronok dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar.


Kesempatan Bertemu dengan Keluarga


Coretan 20
Kesempatan Bertemu dengan Keluarga

Hari ini saya baru tiba di bumi Tanjung Malim setelah berada di Sarawak selama lima hari. Bersyukur juga kerana dapat pulang ke tanah air sendiri. Walaupun pada mulanya tidak ada perancangan untuk balik ke kampung halaman namun Tuhan itu maha adil kerana di saat akhir keluarga membenarkan kita balik ke kampung halaman kerana Dia mengerti bahawa dalam hati kita sangat merindui keluarga. Ditambahkan lagi tambang kapal terbang pada masa tersebut sangat murah juga seolah-olah memang mengerti bahawa saya ingin bertemu dengan keluarga.

Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah kesempatan bertemu dengan keluarga. Makan bersama, berjalan bersama dan meluangkan masa bersama merupakan saat yang paling indah dapat dikecapi bersama. Walaupun hanya sedikit masa, namun kenangan itu cukup indah bagi seseorang yang menuntut ilmu yang berada jauh dari keluarga. Sesungguhnya ahli keluarga juga berasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan anaknya setelah sekian lama tidak berjumpa.

Berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang senang tetapi merupakan satau pengorbanan yang sangat besar kerana rasa kerinduan terhadap keluarga itu akan hadir setiap masa dan detik. Namun, demi masa depan, saya gagahi juga untuk berkorban sedikit dengan berjauhan dengan keluarga. Untung sekarang ini ada alat komunikasi yang canggih yang membuatkan kita terasa dekat dengan keluarag.

Kesempatan berjuma dengan keluarga selama lima hari sangat berharga kerana selepas ini mungkin kita akan balik pada hujung tahun nanti kerana selepas ini terus sambung untuk praktikal. Sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga walaupun hanya buat sedikit waktu. Terima kasih mak, ayah dan adik. Saya sayang keluarga saya.



Ahli keluarga menghantar ke Lapangan Terbang





Sunday, 31 March 2013

Vandlisme: Menyusahkan orang lain


Coretan 19
Vandlisme: Menyusahkan orang lain

Vandalisme ini merupakan satu budaya yang merosakkan harta benda tidak mengira harta benda awam, harta sekolah atau sebagainya, Di sini saya ingin mengupas sedikit tentang keburukan budaya tersbut kepada orang lain. Vandalisme yang saya ingin fokuskan di sini ialah vandalism terhadap papan tanda yang terdapat di jalan raya, tempat awam dan di tempat-tempat lain.

Seperti yang kita tahu, papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. Papan tanda arah yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan menyakitkan mata memandang.


Perlakuan manusia yang suka merosakkan papan tanda ini sangat menyusahkan orang lain kerana pengguna yang memerlukan maklumat bergantung kepada papan tanda yang telah disediakan. Namun, tanpa papan tanda tersebut mungkin akan menyukarkan pengguna untuk mendapat maklumat seperti mencari maklumat untuk ke destinasi tertentu dan sebaginya. Hal ini juga menyukarkan jika da berlaku kecemasa. Contohnya, jika berlaku kebakaran, pihak bomba sudah pasti akan bergantung kepada apapn tanda untuk bergerak pantas ke tempat kejadian. Jika papan tanda ini sudah rosak, maka pihak ini tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna.

Jadi, saya menyeru agar semua pihak janganlah bersifat mementingkan diri dengan merosakkan harta benda awam terutamanya papan tanda yang menjadi sumber maklumat pengguna untuk mendapatkan maklumat tertentu. Jadilah seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Wednesday, 27 March 2013

Negara Kita Negara Bermaruah


Coretan 18
Negara Kita Negara Bermaruah

Minggu lepas saya menghadiri satu ceramah untuk mengambil lesen iaitu ceramah yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang penceramah yang berbangsa India. Banyak meklumat yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor yang disampaikan oleh beliau.

Namun, bukan itu yang saya ingin kongsikan di sini. Perkara yang saya ingin kongsikan ialah tentang pernyataan yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut iaitu “negara kita negara bermaruah”. Mengapa dia berkata demikian? Pertamanya kerana negara kita mempunyai adat atau kebudayaan yang sopan dan tingkahlaku masyarakat yang bertatatusila. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa negara kita penuh dengan disiplin yang dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat.

Pada pendapat saya, sememangnya negara kita merupakan negara yang sangat bermaruah kerana negara kita merupakan negara yang berdaulat. Namun, jika kita lihat tingkahlaku masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda, kesopanan dan tatatusila mereka sangat mengecewakan. Hal ini boleh kita lihat dari segi perlakuan, penampilan dan bahasa yang digunakan oleh golongan tersebut. Jika dibandingkan dengan dahulu, bahasa yang digunakan sangat sopan didengar.

Jadi, untuk mengekalkan pernyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut, kita sebagi golongan remaja haruslah mempunyai kesedaran tentang menjaga tatatusila baik dari segi bahasa, perlakuan atau penampilan diri. Bersamalah kita memartabatkan maruah negara kita.

Ulangtahun Kleahiran ke-24 (Erti Persahabatan)


Coretan 17

Ulangtahun Kelahiran ke-24 (Erti Persahabatan)

Terimbas kembali ke 25 Mac 2013 yang lalu yang mana merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-24 diraikan penuh dengan kejutan. Sejak tengah malam saya sudah menerima banyak ucapan dan doa daripada rakan-rakan. Macam-macam jenis ucapan yang telah dihantar kepada saya pada hari tersebut. Namun, saya sangat bersyukur kerana masih banyak rakan-rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran saya walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Mulanya pada petang tersebut saya meraikan hari jadi tersebut di pizza. Kenyang juga makan. Selepas itu saya pergi untuk latihan tarian. Selepas balik dari berlatih tarian dari kampus lama pula, rakan-rakan yang lain membuat kejutan lagi dengan meraikan hari jadi saya. Mereka sanggup membeli kek juga. Saya rasa sangat terharu dengan kejutan yang mereka lakukan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. Sampai di rumah pula, rakan sebilik juga membuat kejutan dengan membeli kek untuk saya juga. Pada hari tersebut memamg saya sangat puas makan kek.

Perkara yang saya ingin tonjolkan di sini ialah tentang persahabatan yang terjalin. Pada hari penting tersbut banyak rakan-rakan yang datang mengucapkan doa, ucapan dan meraikan hari jadi tersebut. Persahabtan merupakan satu jalinan hubungan yang sangat diperlukan dalam hidup. Jadi, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat sahabat yang bukan hanya ada  bersama saya ketika senang tetapi juga ada bersama saya ketika saya susah.

Pada hari tersebut saya juga menyedari yang persahabatan yang dijalinkan bukan hanya untuk mengisi masa lapang, keluar bersama tetapi lebih daripada itu kerana sahabatlah tempat kita meluahkan segala masalah selain dari keluarga. Sahabat juga yang mengambil berat tentang kita, membuatkan kita ketawa ketika kita dalam kesdihan dan selainnya. Terima kasih buat semua sahabat saya.




Kebersihan Tanggungjawab Bersama


Coretan 16
Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Petang tadi semasa menggunakan bas balik dari kampus lama, saya nampak ada sampah yang diselitkan di tempat duduk bas tersebut. Saya pun terfikir mengapa ada sampah di dalam bas sedangkan yang menggunakan bas tersebut merupakan golongan mahasiswa yang saya rasa sudah pasti mengetahui tentang kepentingan kebersihan. Bukannya satu kerja yang susah untuk membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan sekali lagi saya terkejut kerana di dalam bas tersebut juga ada disediakan tong sampah.

Sebagai seorang yang berpelajaran, kita harus mengtahui tentang pentingnya kebersihan walau di mana sahaja kita berada. Mungkin si pembuang sampah tersebut menganggap bas tersebut bukan tempat tinggal dia dan sesuka hati hendak membuang sampah merata-rata tempat tetapi tidakkah dia berfikir bahawa pengguna lain yang turut menggunakan perkhidmatan tersebut dan menginginkan suasana yang bersih dan selesa.

Sebenarnya saya sangat kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang tidak  prihatin terhadap kebersihan sedangkan kebersihan tersebut merupakan tanggungjawab bersama. Seperti yang berlalku di dalam bas tadi, mengapa tidak si pembuang sampah tersebut membuang sampah ke tempat yang betul. Hal ini bukan sahaja menjadikan suasana lebih selesa malah menjadikan keadaan sekeliling mejadi lebih bersih dan segar.

Jadi, bagi saya membuang sampah di merata-rata tempat adalah satu perlakuan yang tidak bermoral kerana sejak kecil lagi kita telah dididik untuk menjaga kebersihan untuk mejamin kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Kalau kita sendiri tidak berupaya untuk mengubah tingkahlaku, sampai bila-bila tingkahlaku tersbut akan menjadi tabiat kita. Tingkahlaku manusia melambangkan keperibadian seseorang. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sampah yang dibuang di dalam bas.





"Kebersihan Tanggungjawab Bersama"




Wednesday, 20 March 2013

Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Coretan 15
Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Menjadi satu fenomena yang sangat menarik jika kita lihat pada masa kini yang mana sudah banyak kemajuan dan perubahan dalam arus teknologi kita. Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah sekarang ini bukan sahaja orang dewasa yang boleh memiliki telefon bimbit malah kanak-kanak seawal umur sembilan tahun atau kurang sudah pandai menggunakan kemudahan tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada yang menggunakan tab, ipad dan gajet yang lain.

Jika dibandingkan dengan generasi saya dahulu, masuk tingkatan emapt atau lima barulah sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Itupun telefon yang hanya mempunyai fungsi asas sahaja seperti untuk mendail dan menghantar mesej (sms). Sangat cepat dunia sekarang ini berubah baik dari segi pembangunan mahupun teknologinya.

Tidak saya nafikan perbuhan ini sangat baik bagi kemudahan semua pengguna namun ada kontranya juga kemajuan teknologi tersebut. Sebagai contoh yang saya lihat, kanak-kanak pada amsa sekarang hanya bertemankan gajet untuk bermain dan kurang pergaulan dengan rakan-rakan yang lain. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa atau pelajar juga melakukan perkara yang sama iaitu hanya berkomunikasi dengan gajet sahaja dan tidak menghiraukan orang sekeliling.

Keadaan seperti ini akan merugikan semua orang kerana bagi saya kekurangan pergaulan dengan orang lain menyebabkan kita kurang mesra dan mengakibatkan kita kekurangan rakan pergaulan. Bukan itu sahaja malah banyak lagi keburukan bertemankan gajet ini seperti kurang komunikasi dengan orang lain, kurang mesra dengan rakan dan sebagainya. Jadi, bagi saya , biarlah teknologi terus berubah tetapi jangan samapi teknologi tersebut mengubah kita manusia juga.







Belajar Komsas Bosan???

Coretan 14
Belajar Komsas Bosan???

Tadi semasa menghadiri kelas Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, pensyarah banyak mengulas tentang isu yang mengatakan pengajaran dan pembelajaran Komsan di dalam kelas sangat membosankan.  Banyak ulasan yang diberikan oleh beliau tentang isu ini ternasuklah faktor, pandangan, sikap guru, kaedah pengajaran dan sebaginya.Sebenarnya pengajaran dan pembelajaran Komsas merupakan satu proses pengajarn yang sangat seronok jika kena pada kaedahnya.

Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran bidang ini ialah kaedah bersyarah dan kaedah ini yang menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mengikuti proses pembelajaran ini.HHal ini terjadi kerana pelajar tidak terlibat langsung dengan proses pengajaran dan hanya berperanan sebagai pendengar. Proses pengajaran yang hanya berpusatkan kepada guru sahaja tidak dapat menarik minat dan merangsang pemikiran pelajar.

Faktor yang paling penting untuk menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok ialah faktor guru. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru sepatutnya mencari kaedah atau pendekatan yang paling sesuai untuk dibawa ke dalam kelas sebagai bahan atau media pengajaran. Jika guru menggunakan pelabagai teknik pengajaran seperti simulasi, tunjuk cara, lakonan, main peranan dan kaedah lain yang lebih efektif.


Perkara yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu melibatkan murid dalam proses tersebut kerana jika mereka terlibat, pembelajaran yang mereka lalui akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Tambahan pengajaran yang berpusatkan kepada murid akan meningkatkan pelbagai kemahiran murid yang lain. Jadi, jika guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, isu membosankan tidak akan timbul dalam pengajaran Komsas di sekolah.



Tuesday, 19 March 2013

Etika Berpakaian Guru

Coretan 13
Etika Berpakaian Guru


Semasa melayari internet untuk mencari bahan sebagai media untuk pengajaran mikro, saya terjumpa lukisan kartun di atas. Lukisan kartun tersebut menunjukkan ketidaksesuaian guru dalam etika berpakaian. Bayangkan jika seorang guru tersebut memakai kebaya atau baju kurung untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di atas padang. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan proses pengajaran tidak berkesan malah guru juga turut tidak selesa dengan pemakaian tersebut.

Etika berpakaian dalam mengajar sesuatu subjek adalah memainkan peranan yang penting kerana pakaian yang tidak sesuai menyebabkan guru tidak dapat bergerak dengan sempurna dan keadaan ini akan menyebabkan pengajaran yang memerlukan pergerakan tidak berjaya. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru yang profesional, saya berpendapat seorang guru haruslah bijak memilih penampilan yang menarik untuk tujuan mengajar. Hal ini kerana penampilan guru sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk belajar malah dapat meningkatkan keyakinan guru itu sendiri.


Guru yang bijak dalam membuat penampilan diri juga akan menjadi idola atau menjadi contoh etika berpakaian kepada pelajar. Hal ini dikuatkan lagi dengan satu pepatah yang saya selalu dengar iaitu “jika guru kencing berdiri, maka pelajar akan kencing berlari”. Pepatah ini menerangkan bahawa pelajar akan mengikut segala tindakan atau sikap guru sama ada tindakan tersebut baik atau tidak. Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru berperanan penting untuk membina perwatakan pelajar.

Lelaki Curang?

Coretan 12
Lelaki Curang?
Siang tadi ada seorang rakan saya bertanya “Mengapa kebanyakan lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita?”. Saya terkesima sekejap dengan pertanyaan rakan saya tersebut. Namun, pada mulanya saya tidak memberi komen yang banyak tentang persoalan tersebut. Rakan saya tersebut meminbta saya mengulas juga tentang pertanyaannya itu. Saya hanya mengatakan bukan semua lelaki bertindak seperti itu kerana setiap manusia mempunyai perwatakan, pemikiran dan pandangan yang berbeza dalam sesuatu hubungan.

Saya menambah lagi, curang yang bermula dari lelaki itu mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya mungkin lelaki tersebut tidak serius dalam perhubungan, tidak matang, tidak kuat iman dan sebagainya. Saya menambah lagi mungkin juga disebabkan oleh sikap pasangan wanita tersebut yang mempunyai pemikiran, perwatakan, pandangan atau sikap yang berbeza dengan seorang lelaki. Hal ini juga boleh menyebabkan sesuatu hubungan menjadi tidak kukuh.

Saya menceritakan semua ini dalam blog ini bukan hendak menggalakkan perhubungan percintaan namun komen atau pendapat saya ini adalah secara menyeluruh iaitu melibatkan pasangan bercinta, pasangan tunang atau pasangan suami isteri. Sekarang ini banyak kita dengar kes penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan yang kahwin muda.


Pada pendapat saya, dalam sesuatu perhubungan yang serius, tidak ada mana-mana pihak yang bersalah jika pasangan tersebut sudah cukup bersedia untuk menjalinkan sebuah hubungan yang serius. Isu banyak lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita ini juga tidak mungkin wujud jika pasangan tersebut serius untuk menjalinkan hubungan kerana sesuatu hubungan seperti berumah tangga bukanlah satu hubungan yang hanay boleh kelkal satau atau dua hari sahaja. Konklusi kepada pertanyaan rakan saya tadi, tidak semua lelaki cenderung untuk curang dan perlakuan curang tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa sebab


Kajian Mengenai Lelaki Curang

Minat Menari

Coretan 11
Minat Menari

Sebenarnya saya minat menari sejak Tingkatan 1 iaitu pada tahun 2003. Sebenarnya sebelum itu saya tidak pernah langsung terfikir untuk menyertai bidang kesenian ini. Namun semuanya berubah apabila sekolah saya mengnajurkan ujibakat tarian untuk mewakili sekolah dan saya terpilih. Perasaan pada masa itu memang sangat gembira walaupun tidak berapa pandai hendak menari. Sejak itu saya mula melibatkan dalam bidang ini sehinggalah sekarang dan pelbagai jenis kebudayaan yang dapat saya pelajari melalui bidang ini. Banyak sebab saya menyertai bidang ini kerana bidang ini juga merupakan satu bentuk aktiviti yang mendatangkan manfaat.
            Seperti yang saya katkan tadi saya dapat mempelajari banyak jenis kebudayaan melalui bidang ini. Hal ini kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, tarian tradisional masyarakat Melayu dan masyarakat lain  yang unik dan berwarna-warni. Kebudayaan tradisional kita juga menunjukkan budi  pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam sesebuah kesopanan serta budi bahasa yang ditonjolkan melalui tarian-tarian tersebut.
            Selain itu, bagi saya, bidang ini juga berperanan dalam memupuk perpaduan dalam negara. Misalnya, dalam tarian Melayu, bukan hanya kaum Melayu yang dapat menarikan tarian tersebut malah kaum lain juga mempunyai kemahiran dalam menarikan tarian Melayu. Secara tidak langsung, perpaduan dan hubungan silaturahim antara kaum dapat dieratkan. Melalui pelaksanaan pertandingan serta bengkel tarian Melayu yang dianjurkan oleh pelbagai pihak akan dapat mengeratkan lagi jalinan perpaduan di antara kaum kerana sudah pasti program tersebut akan disertai oleh pelbagai bangsa. Hal ini dapat saya alami sendiri semasa terlibat dalam bidang ini. Sebelum ini saya tidak tahu tentang kebudayaan orang Melayu tetapi setelah menyertai bidang kebudayaan, saya dapat memahami kebudayaan masyarakat lain. Jadi, pada pendapat saya, wajarlah jika kebudayaan ini diteruskan walaupun sekarang ini banyak bentuk hiburan kerana budaya tersebut merupakan warisan kita.




Penglibatan Pertama Dalam Tarian

Friday, 15 March 2013

Borak-Borak Pasal Adat (Adat Iban)


Coretan 10
Borak-Borak Pasal Adat (Adat Iban)

Semalam (14 Mac 2013), semasa menunggu untuk masuk ke kelas, saya dan rakan-rakan smpat berbual di laur kelasa sementara menunggu orang lain keluar. Banyak topik yang kami bincangkan termasuklah pasal tugasan, basikal dan topik-topik yang lain. Sampailah suatu ketika salah seorang rakan yang bertanya tentang adat Iban kepada saya. Adat yang ditanya ialah adat berkaitan dengan adat pertunangan kaum Iban. Banyak yang mereka soalkan kepada saya kerana mereka ada sifat ingin tahu.

Mereka bertanykan cara adat tersebut dilaksanankan dan saya menjelaskan dengan mengtakan bahawa satu majlis pertunangan perlulah dipersetujui oleh kedua-dua orang tua dan mengumpulkan semua penduduk kampung untuk hadir ke majlis tersebut. Tujuan utama menjemput penduduk kampung ialah sebagai saksi yang menunjukkan bahawa pasangan tersebut telah sah bertunang agar tidak ada fitnah atau cemuhan daripada orang kampung pasal hubungan pasangan tersebut.

Sekali lagi mereka bertanya, sekiranya putus tunang, ada atau tidak adat dalam kaum Iban. Saya menjelaskan lagi bahawa jika putus tunang, adat "nganjung tinchin" atau menghantar cincin perlu dilakukan. Pasangan yang memutuskan pertunangan pula akan dikenakan hukuman yang ditetapkan tuai rumah atau ketua kampung. Rakan-rakan saya bertanya lagi tentang bentuk hukuman yang dikenakan. Saya menjelaskan hukuman tersebut bergantung kepada sebab putus tunang. Ada hukuman "mangkung empat", "mangkung lapan", "mangkung dua belas" dan sebagainya. Sekali lagi mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan hukuman-hukuman tersebut. Angka yang disebut dalam hukuman tersebut menunjukkan jumlah wang yang perlu dibayar oleh pihak yang memutuskan pertunangan.

Sekali lagi mereka bertanya mengapa bayaran tersebut sangat rendah dan saya menjelaskan lagi bahawa dalam masyarakat Iban, hukuman yang dikenakan memang rendah tetapi nilai maruah dan malu yang ditanggung oleh pesalah adalah sangat besar jika dibandingkan dengan bayaran hukuman tersebut. Hal ini kerana adat "nganjung tinchin" ini juga disaksikan oleh semua penduduk kampung. Hal ini menyebabkan ahli kelurga yang memutuskan hubungan pertunangan akan mendapat malu.

Kesudahannya, saya berasa seronok kerana dapat berkongsi budaya masyarakat Iban dengan rakan-rakan. Lagipun mereka mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam dan hal itu menunjukkan mereka boleh menerima dan menghormati budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Inilah yang dikatakan kita satu bangsa, satu negara dan satu Malaysia.

Kita 
Satu Bangsa
Satu Negara
Satu Malaysia

Thursday, 14 March 2013

Peribahasa Melayu

Coretan 9
Peribahasa Melayu


Teringat kembali saya semasa mengambil kursus Semantik dan Pragatik Bahasa Melayu pada semester lepas, kami ada belajar cara pembentukan sesuatu peribahasa tersebut hingga menjadi satu rangkai kata yang mengandungi maksud lain daripada maksud sebenar kata-kata tersebut. Saya sangat kagum apbaila mengenangkan kebijkasanaan masyarakat dahulu mencipta sesuatu peribahasa yang mempunyai susunan kata dan mengandungi makna yang berkesan. Bukan itu sahaja, peribahasa tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur alam yang mempunyai hubungkait dengan kehipuan manusia.

Tambahan pula, saya memikirkan cara masyarakat dahulu bijak memilih unsur alam yang telah dijadikan sebagai peribahasa. Saya ambil contoh peribahasa "bagai aur dengan tebing" yang bermaksud sesuatu hubungan yang akrab dan sling bergantung antara satu sama lain. Mari kita sama-sama menghayati peribahasa tersebut. Jika kita lihat aur dan tebing, kedua-dua unsur ini memang sangat bergantung antara satu sama lain baik semasa banjir, kemarau atau pada keadaan lain. Di sini kita dapat melihat betapa masyarakat dahulu bijak mengadaptasikan unsur alam digunakan untuk menggambarkan perlakuan atau sifat manusia.


 
Bagai Aur dengan Tebing

Selain itu juga, peribahasa ini merupakan satu rangkaian kata yang digunakan untuk memberi nasihat, dorngan, sindiran dan tujuan yang lain.  Masyarakat dahulu menggunkan kiasan seperti peribahasa untuk memberikan nasihat kepada anak-anak atau orang lain. Hal ini kerana penggunaan unsur tersebut dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar nasihat tersebut. Tambahan pula, peribahasa juga berperanan untuk memberi sindiran kepada golongan masyarakat pada amasa tersebut. Pengguanaan peribahasa sebagai sindirin pula untuk menjaga hati orang lain.

Bagi saya, penggunaan peribahasa tersebut dalam komunikasi seharian sangatlah efektif jika digunakn untuk tujuan memberi nasihat, dorangan, sindiran atau pengajaran kepada orang lain. Namun, banyak golongan muda pada hari ini tidak tahu menggunakan peribahasa tersebut kerana kurang terdedah kepada unsur tersebut. Jadi, peribahasa ini merupakan satu warisan yang diwarisi sejak tutun-temurun dan harus dikekalkan dan bukan hanya diajarkan di sekolah malah di rumah atau di mana dan pada bila-bila masa sahaja.