Sunday, 31 March 2013

Vandlisme: Menyusahkan orang lain


Coretan 19
Vandlisme: Menyusahkan orang lain

Vandalisme ini merupakan satu budaya yang merosakkan harta benda tidak mengira harta benda awam, harta sekolah atau sebagainya, Di sini saya ingin mengupas sedikit tentang keburukan budaya tersbut kepada orang lain. Vandalisme yang saya ingin fokuskan di sini ialah vandalism terhadap papan tanda yang terdapat di jalan raya, tempat awam dan di tempat-tempat lain.

Seperti yang kita tahu, papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Papan tanda jalan yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. Papan tanda arah yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu, keadaan ini akan menyakitkan mata memandang.


Perlakuan manusia yang suka merosakkan papan tanda ini sangat menyusahkan orang lain kerana pengguna yang memerlukan maklumat bergantung kepada papan tanda yang telah disediakan. Namun, tanpa papan tanda tersebut mungkin akan menyukarkan pengguna untuk mendapat maklumat seperti mencari maklumat untuk ke destinasi tertentu dan sebaginya. Hal ini juga menyukarkan jika da berlaku kecemasa. Contohnya, jika berlaku kebakaran, pihak bomba sudah pasti akan bergantung kepada apapn tanda untuk bergerak pantas ke tempat kejadian. Jika papan tanda ini sudah rosak, maka pihak ini tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna.

Jadi, saya menyeru agar semua pihak janganlah bersifat mementingkan diri dengan merosakkan harta benda awam terutamanya papan tanda yang menjadi sumber maklumat pengguna untuk mendapatkan maklumat tertentu. Jadilah seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Wednesday, 27 March 2013

Negara Kita Negara Bermaruah


Coretan 18
Negara Kita Negara Bermaruah

Minggu lepas saya menghadiri satu ceramah untuk mengambil lesen iaitu ceramah yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor. Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang penceramah yang berbangsa India. Banyak meklumat yang berkaitan dengan peraturan jalan raya dan berkaitan dengan kereta dan motor yang disampaikan oleh beliau.

Namun, bukan itu yang saya ingin kongsikan di sini. Perkara yang saya ingin kongsikan ialah tentang pernyataan yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut iaitu “negara kita negara bermaruah”. Mengapa dia berkata demikian? Pertamanya kerana negara kita mempunyai adat atau kebudayaan yang sopan dan tingkahlaku masyarakat yang bertatatusila. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa negara kita penuh dengan disiplin yang dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat.

Pada pendapat saya, sememangnya negara kita merupakan negara yang sangat bermaruah kerana negara kita merupakan negara yang berdaulat. Namun, jika kita lihat tingkahlaku masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda, kesopanan dan tatatusila mereka sangat mengecewakan. Hal ini boleh kita lihat dari segi perlakuan, penampilan dan bahasa yang digunakan oleh golongan tersebut. Jika dibandingkan dengan dahulu, bahasa yang digunakan sangat sopan didengar.

Jadi, untuk mengekalkan pernyataan yang dinyatakan oleh penceramah tersebut, kita sebagi golongan remaja haruslah mempunyai kesedaran tentang menjaga tatatusila baik dari segi bahasa, perlakuan atau penampilan diri. Bersamalah kita memartabatkan maruah negara kita.

Ulangtahun Kleahiran ke-24 (Erti Persahabatan)


Coretan 17

Ulangtahun Kelahiran ke-24 (Erti Persahabatan)

Terimbas kembali ke 25 Mac 2013 yang lalu yang mana merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-24 diraikan penuh dengan kejutan. Sejak tengah malam saya sudah menerima banyak ucapan dan doa daripada rakan-rakan. Macam-macam jenis ucapan yang telah dihantar kepada saya pada hari tersebut. Namun, saya sangat bersyukur kerana masih banyak rakan-rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran saya walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Mulanya pada petang tersebut saya meraikan hari jadi tersebut di pizza. Kenyang juga makan. Selepas itu saya pergi untuk latihan tarian. Selepas balik dari berlatih tarian dari kampus lama pula, rakan-rakan yang lain membuat kejutan lagi dengan meraikan hari jadi saya. Mereka sanggup membeli kek juga. Saya rasa sangat terharu dengan kejutan yang mereka lakukan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran saya. Sampai di rumah pula, rakan sebilik juga membuat kejutan dengan membeli kek untuk saya juga. Pada hari tersebut memamg saya sangat puas makan kek.

Perkara yang saya ingin tonjolkan di sini ialah tentang persahabatan yang terjalin. Pada hari penting tersbut banyak rakan-rakan yang datang mengucapkan doa, ucapan dan meraikan hari jadi tersebut. Persahabtan merupakan satu jalinan hubungan yang sangat diperlukan dalam hidup. Jadi, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat sahabat yang bukan hanya ada  bersama saya ketika senang tetapi juga ada bersama saya ketika saya susah.

Pada hari tersebut saya juga menyedari yang persahabatan yang dijalinkan bukan hanya untuk mengisi masa lapang, keluar bersama tetapi lebih daripada itu kerana sahabatlah tempat kita meluahkan segala masalah selain dari keluarga. Sahabat juga yang mengambil berat tentang kita, membuatkan kita ketawa ketika kita dalam kesdihan dan selainnya. Terima kasih buat semua sahabat saya.




Kebersihan Tanggungjawab Bersama


Coretan 16
Kebersihan Tanggungjawab Bersama

Petang tadi semasa menggunakan bas balik dari kampus lama, saya nampak ada sampah yang diselitkan di tempat duduk bas tersebut. Saya pun terfikir mengapa ada sampah di dalam bas sedangkan yang menggunakan bas tersebut merupakan golongan mahasiswa yang saya rasa sudah pasti mengetahui tentang kepentingan kebersihan. Bukannya satu kerja yang susah untuk membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan sekali lagi saya terkejut kerana di dalam bas tersebut juga ada disediakan tong sampah.

Sebagai seorang yang berpelajaran, kita harus mengtahui tentang pentingnya kebersihan walau di mana sahaja kita berada. Mungkin si pembuang sampah tersebut menganggap bas tersebut bukan tempat tinggal dia dan sesuka hati hendak membuang sampah merata-rata tempat tetapi tidakkah dia berfikir bahawa pengguna lain yang turut menggunakan perkhidmatan tersebut dan menginginkan suasana yang bersih dan selesa.

Sebenarnya saya sangat kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang tidak  prihatin terhadap kebersihan sedangkan kebersihan tersebut merupakan tanggungjawab bersama. Seperti yang berlalku di dalam bas tadi, mengapa tidak si pembuang sampah tersebut membuang sampah ke tempat yang betul. Hal ini bukan sahaja menjadikan suasana lebih selesa malah menjadikan keadaan sekeliling mejadi lebih bersih dan segar.

Jadi, bagi saya membuang sampah di merata-rata tempat adalah satu perlakuan yang tidak bermoral kerana sejak kecil lagi kita telah dididik untuk menjaga kebersihan untuk mejamin kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Kalau kita sendiri tidak berupaya untuk mengubah tingkahlaku, sampai bila-bila tingkahlaku tersbut akan menjadi tabiat kita. Tingkahlaku manusia melambangkan keperibadian seseorang. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sampah yang dibuang di dalam bas.





"Kebersihan Tanggungjawab Bersama"




Wednesday, 20 March 2013

Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Coretan 15
Kemajuan Teknologi Pada Masa Kini

Menjadi satu fenomena yang sangat menarik jika kita lihat pada masa kini yang mana sudah banyak kemajuan dan perubahan dalam arus teknologi kita. Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah sekarang ini bukan sahaja orang dewasa yang boleh memiliki telefon bimbit malah kanak-kanak seawal umur sembilan tahun atau kurang sudah pandai menggunakan kemudahan tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada yang menggunakan tab, ipad dan gajet yang lain.

Jika dibandingkan dengan generasi saya dahulu, masuk tingkatan emapt atau lima barulah sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Itupun telefon yang hanya mempunyai fungsi asas sahaja seperti untuk mendail dan menghantar mesej (sms). Sangat cepat dunia sekarang ini berubah baik dari segi pembangunan mahupun teknologinya.

Tidak saya nafikan perbuhan ini sangat baik bagi kemudahan semua pengguna namun ada kontranya juga kemajuan teknologi tersebut. Sebagai contoh yang saya lihat, kanak-kanak pada amsa sekarang hanya bertemankan gajet untuk bermain dan kurang pergaulan dengan rakan-rakan yang lain. Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa atau pelajar juga melakukan perkara yang sama iaitu hanya berkomunikasi dengan gajet sahaja dan tidak menghiraukan orang sekeliling.

Keadaan seperti ini akan merugikan semua orang kerana bagi saya kekurangan pergaulan dengan orang lain menyebabkan kita kurang mesra dan mengakibatkan kita kekurangan rakan pergaulan. Bukan itu sahaja malah banyak lagi keburukan bertemankan gajet ini seperti kurang komunikasi dengan orang lain, kurang mesra dengan rakan dan sebagainya. Jadi, bagi saya , biarlah teknologi terus berubah tetapi jangan samapi teknologi tersebut mengubah kita manusia juga.







Belajar Komsas Bosan???

Coretan 14
Belajar Komsas Bosan???

Tadi semasa menghadiri kelas Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, pensyarah banyak mengulas tentang isu yang mengatakan pengajaran dan pembelajaran Komsan di dalam kelas sangat membosankan.  Banyak ulasan yang diberikan oleh beliau tentang isu ini ternasuklah faktor, pandangan, sikap guru, kaedah pengajaran dan sebaginya.Sebenarnya pengajaran dan pembelajaran Komsas merupakan satu proses pengajarn yang sangat seronok jika kena pada kaedahnya.

Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran bidang ini ialah kaedah bersyarah dan kaedah ini yang menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mengikuti proses pembelajaran ini.HHal ini terjadi kerana pelajar tidak terlibat langsung dengan proses pengajaran dan hanya berperanan sebagai pendengar. Proses pengajaran yang hanya berpusatkan kepada guru sahaja tidak dapat menarik minat dan merangsang pemikiran pelajar.

Faktor yang paling penting untuk menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok ialah faktor guru. Sebagai seorang guru yang kreatif, guru sepatutnya mencari kaedah atau pendekatan yang paling sesuai untuk dibawa ke dalam kelas sebagai bahan atau media pengajaran. Jika guru menggunakan pelabagai teknik pengajaran seperti simulasi, tunjuk cara, lakonan, main peranan dan kaedah lain yang lebih efektif.


Perkara yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu melibatkan murid dalam proses tersebut kerana jika mereka terlibat, pembelajaran yang mereka lalui akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Tambahan pengajaran yang berpusatkan kepada murid akan meningkatkan pelbagai kemahiran murid yang lain. Jadi, jika guru menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, isu membosankan tidak akan timbul dalam pengajaran Komsas di sekolah.



Tuesday, 19 March 2013

Etika Berpakaian Guru

Coretan 13
Etika Berpakaian Guru


Semasa melayari internet untuk mencari bahan sebagai media untuk pengajaran mikro, saya terjumpa lukisan kartun di atas. Lukisan kartun tersebut menunjukkan ketidaksesuaian guru dalam etika berpakaian. Bayangkan jika seorang guru tersebut memakai kebaya atau baju kurung untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di atas padang. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan proses pengajaran tidak berkesan malah guru juga turut tidak selesa dengan pemakaian tersebut.

Etika berpakaian dalam mengajar sesuatu subjek adalah memainkan peranan yang penting kerana pakaian yang tidak sesuai menyebabkan guru tidak dapat bergerak dengan sempurna dan keadaan ini akan menyebabkan pengajaran yang memerlukan pergerakan tidak berjaya. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru yang profesional, saya berpendapat seorang guru haruslah bijak memilih penampilan yang menarik untuk tujuan mengajar. Hal ini kerana penampilan guru sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk belajar malah dapat meningkatkan keyakinan guru itu sendiri.


Guru yang bijak dalam membuat penampilan diri juga akan menjadi idola atau menjadi contoh etika berpakaian kepada pelajar. Hal ini dikuatkan lagi dengan satu pepatah yang saya selalu dengar iaitu “jika guru kencing berdiri, maka pelajar akan kencing berlari”. Pepatah ini menerangkan bahawa pelajar akan mengikut segala tindakan atau sikap guru sama ada tindakan tersebut baik atau tidak. Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru berperanan penting untuk membina perwatakan pelajar.

Lelaki Curang?

Coretan 12
Lelaki Curang?
Siang tadi ada seorang rakan saya bertanya “Mengapa kebanyakan lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita?”. Saya terkesima sekejap dengan pertanyaan rakan saya tersebut. Namun, pada mulanya saya tidak memberi komen yang banyak tentang persoalan tersebut. Rakan saya tersebut meminbta saya mengulas juga tentang pertanyaannya itu. Saya hanya mengatakan bukan semua lelaki bertindak seperti itu kerana setiap manusia mempunyai perwatakan, pemikiran dan pandangan yang berbeza dalam sesuatu hubungan.

Saya menambah lagi, curang yang bermula dari lelaki itu mungkin disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya mungkin lelaki tersebut tidak serius dalam perhubungan, tidak matang, tidak kuat iman dan sebagainya. Saya menambah lagi mungkin juga disebabkan oleh sikap pasangan wanita tersebut yang mempunyai pemikiran, perwatakan, pandangan atau sikap yang berbeza dengan seorang lelaki. Hal ini juga boleh menyebabkan sesuatu hubungan menjadi tidak kukuh.

Saya menceritakan semua ini dalam blog ini bukan hendak menggalakkan perhubungan percintaan namun komen atau pendapat saya ini adalah secara menyeluruh iaitu melibatkan pasangan bercinta, pasangan tunang atau pasangan suami isteri. Sekarang ini banyak kita dengar kes penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan yang kahwin muda.


Pada pendapat saya, dalam sesuatu perhubungan yang serius, tidak ada mana-mana pihak yang bersalah jika pasangan tersebut sudah cukup bersedia untuk menjalinkan sebuah hubungan yang serius. Isu banyak lelaki lebih cenderung curang berbanding wanita ini juga tidak mungkin wujud jika pasangan tersebut serius untuk menjalinkan hubungan kerana sesuatu hubungan seperti berumah tangga bukanlah satu hubungan yang hanay boleh kelkal satau atau dua hari sahaja. Konklusi kepada pertanyaan rakan saya tadi, tidak semua lelaki cenderung untuk curang dan perlakuan curang tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa sebab


Kajian Mengenai Lelaki Curang

Minat Menari

Coretan 11
Minat Menari

Sebenarnya saya minat menari sejak Tingkatan 1 iaitu pada tahun 2003. Sebenarnya sebelum itu saya tidak pernah langsung terfikir untuk menyertai bidang kesenian ini. Namun semuanya berubah apabila sekolah saya mengnajurkan ujibakat tarian untuk mewakili sekolah dan saya terpilih. Perasaan pada masa itu memang sangat gembira walaupun tidak berapa pandai hendak menari. Sejak itu saya mula melibatkan dalam bidang ini sehinggalah sekarang dan pelbagai jenis kebudayaan yang dapat saya pelajari melalui bidang ini. Banyak sebab saya menyertai bidang ini kerana bidang ini juga merupakan satu bentuk aktiviti yang mendatangkan manfaat.
            Seperti yang saya katkan tadi saya dapat mempelajari banyak jenis kebudayaan melalui bidang ini. Hal ini kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, tarian tradisional masyarakat Melayu dan masyarakat lain  yang unik dan berwarna-warni. Kebudayaan tradisional kita juga menunjukkan budi  pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam sesebuah kesopanan serta budi bahasa yang ditonjolkan melalui tarian-tarian tersebut.
            Selain itu, bagi saya, bidang ini juga berperanan dalam memupuk perpaduan dalam negara. Misalnya, dalam tarian Melayu, bukan hanya kaum Melayu yang dapat menarikan tarian tersebut malah kaum lain juga mempunyai kemahiran dalam menarikan tarian Melayu. Secara tidak langsung, perpaduan dan hubungan silaturahim antara kaum dapat dieratkan. Melalui pelaksanaan pertandingan serta bengkel tarian Melayu yang dianjurkan oleh pelbagai pihak akan dapat mengeratkan lagi jalinan perpaduan di antara kaum kerana sudah pasti program tersebut akan disertai oleh pelbagai bangsa. Hal ini dapat saya alami sendiri semasa terlibat dalam bidang ini. Sebelum ini saya tidak tahu tentang kebudayaan orang Melayu tetapi setelah menyertai bidang kebudayaan, saya dapat memahami kebudayaan masyarakat lain. Jadi, pada pendapat saya, wajarlah jika kebudayaan ini diteruskan walaupun sekarang ini banyak bentuk hiburan kerana budaya tersebut merupakan warisan kita.




Penglibatan Pertama Dalam Tarian

Friday, 15 March 2013

Borak-Borak Pasal Adat (Adat Iban)


Coretan 10
Borak-Borak Pasal Adat (Adat Iban)

Semalam (14 Mac 2013), semasa menunggu untuk masuk ke kelas, saya dan rakan-rakan smpat berbual di laur kelasa sementara menunggu orang lain keluar. Banyak topik yang kami bincangkan termasuklah pasal tugasan, basikal dan topik-topik yang lain. Sampailah suatu ketika salah seorang rakan yang bertanya tentang adat Iban kepada saya. Adat yang ditanya ialah adat berkaitan dengan adat pertunangan kaum Iban. Banyak yang mereka soalkan kepada saya kerana mereka ada sifat ingin tahu.

Mereka bertanykan cara adat tersebut dilaksanankan dan saya menjelaskan dengan mengtakan bahawa satu majlis pertunangan perlulah dipersetujui oleh kedua-dua orang tua dan mengumpulkan semua penduduk kampung untuk hadir ke majlis tersebut. Tujuan utama menjemput penduduk kampung ialah sebagai saksi yang menunjukkan bahawa pasangan tersebut telah sah bertunang agar tidak ada fitnah atau cemuhan daripada orang kampung pasal hubungan pasangan tersebut.

Sekali lagi mereka bertanya, sekiranya putus tunang, ada atau tidak adat dalam kaum Iban. Saya menjelaskan lagi bahawa jika putus tunang, adat "nganjung tinchin" atau menghantar cincin perlu dilakukan. Pasangan yang memutuskan pertunangan pula akan dikenakan hukuman yang ditetapkan tuai rumah atau ketua kampung. Rakan-rakan saya bertanya lagi tentang bentuk hukuman yang dikenakan. Saya menjelaskan hukuman tersebut bergantung kepada sebab putus tunang. Ada hukuman "mangkung empat", "mangkung lapan", "mangkung dua belas" dan sebagainya. Sekali lagi mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan hukuman-hukuman tersebut. Angka yang disebut dalam hukuman tersebut menunjukkan jumlah wang yang perlu dibayar oleh pihak yang memutuskan pertunangan.

Sekali lagi mereka bertanya mengapa bayaran tersebut sangat rendah dan saya menjelaskan lagi bahawa dalam masyarakat Iban, hukuman yang dikenakan memang rendah tetapi nilai maruah dan malu yang ditanggung oleh pesalah adalah sangat besar jika dibandingkan dengan bayaran hukuman tersebut. Hal ini kerana adat "nganjung tinchin" ini juga disaksikan oleh semua penduduk kampung. Hal ini menyebabkan ahli kelurga yang memutuskan hubungan pertunangan akan mendapat malu.

Kesudahannya, saya berasa seronok kerana dapat berkongsi budaya masyarakat Iban dengan rakan-rakan. Lagipun mereka mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam dan hal itu menunjukkan mereka boleh menerima dan menghormati budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Inilah yang dikatakan kita satu bangsa, satu negara dan satu Malaysia.

Kita 
Satu Bangsa
Satu Negara
Satu Malaysia

Thursday, 14 March 2013

Peribahasa Melayu

Coretan 9
Peribahasa Melayu


Teringat kembali saya semasa mengambil kursus Semantik dan Pragatik Bahasa Melayu pada semester lepas, kami ada belajar cara pembentukan sesuatu peribahasa tersebut hingga menjadi satu rangkai kata yang mengandungi maksud lain daripada maksud sebenar kata-kata tersebut. Saya sangat kagum apbaila mengenangkan kebijkasanaan masyarakat dahulu mencipta sesuatu peribahasa yang mempunyai susunan kata dan mengandungi makna yang berkesan. Bukan itu sahaja, peribahasa tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur alam yang mempunyai hubungkait dengan kehipuan manusia.

Tambahan pula, saya memikirkan cara masyarakat dahulu bijak memilih unsur alam yang telah dijadikan sebagai peribahasa. Saya ambil contoh peribahasa "bagai aur dengan tebing" yang bermaksud sesuatu hubungan yang akrab dan sling bergantung antara satu sama lain. Mari kita sama-sama menghayati peribahasa tersebut. Jika kita lihat aur dan tebing, kedua-dua unsur ini memang sangat bergantung antara satu sama lain baik semasa banjir, kemarau atau pada keadaan lain. Di sini kita dapat melihat betapa masyarakat dahulu bijak mengadaptasikan unsur alam digunakan untuk menggambarkan perlakuan atau sifat manusia.


 
Bagai Aur dengan Tebing

Selain itu juga, peribahasa ini merupakan satu rangkaian kata yang digunakan untuk memberi nasihat, dorngan, sindiran dan tujuan yang lain.  Masyarakat dahulu menggunkan kiasan seperti peribahasa untuk memberikan nasihat kepada anak-anak atau orang lain. Hal ini kerana penggunaan unsur tersebut dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar nasihat tersebut. Tambahan pula, peribahasa juga berperanan untuk memberi sindiran kepada golongan masyarakat pada amasa tersebut. Pengguanaan peribahasa sebagai sindirin pula untuk menjaga hati orang lain.

Bagi saya, penggunaan peribahasa tersebut dalam komunikasi seharian sangatlah efektif jika digunakn untuk tujuan memberi nasihat, dorangan, sindiran atau pengajaran kepada orang lain. Namun, banyak golongan muda pada hari ini tidak tahu menggunakan peribahasa tersebut kerana kurang terdedah kepada unsur tersebut. Jadi, peribahasa ini merupakan satu warisan yang diwarisi sejak tutun-temurun dan harus dikekalkan dan bukan hanya diajarkan di sekolah malah di rumah atau di mana dan pada bila-bila masa sahaja.


Wednesday, 13 March 2013

Indutsri Hiburan: Filem dan Nyanyian


Coretan 8
Indutsri Hiburan: Filem dan Nyanyian

Fuhhh!!! Tajuk yang saya ketengahkan ini bukan main lagi, bagai hendak membuat satu kritikan yang besar. Hehehe!! Sebenarnya hanya tajuk saja yang nampak macam serius tetapi isu yang saya hendak bincangkan di sini ialah mengenai perubahan dalam industri hiburan di negara kita terutamanya dalam bidang perfileman dan nyanyian. Bukan apa, sebab selepas pulang dari kelas tadi saya sempat mendengar lagu era 80-an dan era 90-an. Sangat sedap lirik dan dapat dihayati lirik lagu tersebut.
            Antara lagu yang saya dengar tadi ialah lagu daripada kumpulan AXL’S iaitu lagu yang bertajuk “Andai Dapat ku Undur”. Lagu tersebut bukan sahaja mempunyai mempunyai seni kata yang jelas malah gubahan muzik juga dapat bersama membawa pendengarnya menjiwai lagu tersebut. Terus-terang, apabila mendengar lagu yang berada dalam era tersebut, kita turut dapat merasa lirik lagu tersebut menusuk ke jiwa. Namun, perkara yang saya hendak katakan di sini ialah perbezaan rentak, lirik, gubahan muzik dan sebagainya dengan lagu yang ada pada masa kini sangat jauh berbeza.
            Apa yang berbezanya? Pertamanya, jika kita mendengar lagu pada era 80-an dan 90-an, kita tidak berasa jemu pun untuk mendengar lagu tersebut walaupun telah mendengarnya banyak kali jika dibandingkan dengan lagu pada era kini. Hal ini kerana lagu pada masa kini sangatlah berbeza gubahannya baik dari segi muzik, lirik atau rentaknya. Hal ini juga yang menyebabkan kita tidak dapat menjiwai sangat lagu tersebut dan disebabkan itu kita mudah merasa jemu untuk mendengar lagu tersebut. Saya juga lebih gemar untuk mendengar lagu era 80-an dan 90-an kerana lagu tersebut memberi inspirasi kepada saya walaupun kebanyakan lagu pada era tersebut ialah lagu sentimental.
            Baiklah, kita tinggalkan cerita pasal bidang nyanyian pula. Sekarang saya hendak menceritkan pandangan saya terhadap bidang perfileman pula. Fenomena bidang ini juga sama dengan bidang nyanyian. Filem-filem yang dihasilkan pada masa dahulu lebih meninggalkan kesan kepada penonton berbanding filem pada masa kini. Tidak perlu mengambil contoh filem yang lain, kita ambil filem di bawah arahan dan lakonan P.Ramlee. Filem-filem tersebut sangat meninggalkan kesan kepada penonton dan jika ditonton banyak kali pun kita tidak akan merasa jemu berbanding dengan filem pada masa kini. Jika ada filem baru, saya hanya menonton sekali sahaja dan sudah tidak ada keinginan untuk menonton untuk kedua kalinya kerana tidak ada tarikan yang ada seperti dalam filem P.Ramlee.
            Namun, bagi saya, bagus juga ada perubahan dalam industri perfileman dan nyanyian di negara kita kerana perubahan tersebut menunjukkan kemajuan dalam pelbagai aspek cuma jalan cerita yang kurang berkesan dan kurang meninggalkan kesan kepada penonton. Walau apa pun, coretan ini merupakan luahan atau apa yang saya rasa dalam isu yang saya bangkitkan ini. 


Mari kta saksikan salah satu sedutan filem arahan P.Ramlee



Tuesday, 12 March 2013

Semester 6: Cabaran Mendewasakan


Coretan 7
Semester 6: Cabaran Mendewasakan

Dimulakan dengan pengenalan diri iaitu saya merupakan seorang pelajar semester enam dan mengambil kursus Pendidikan Bahasa Melayu. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dan dugaan yang ditempuhi pada semester enam walaupun belum selesai lagi perjalanan sebagai seorang pelajar semester enam. Bermulanya pada minggu pertama, pensyarah sudah memberikan pelbagai tugasan mengikut senarai kursus yang diambil pada semester ini. Tugasan yang diberikan adalah dalam pelbagai bentuk dan format untuk dilakukan oleh pelajar.
Bagi memulakan tugasan tersebut, saya memilih untuk menyelesaikan tugasan yang tidak memerlukan saya untuk membuat kajian luar iaitu tugasan yang berbentuk teori dan hanya memerlukan rujukan kepustakaan atau rujukan elektronik sahaja. Banyak juga tugasan yang memerlukan saya pergi keluar untuk membuat kajian luar dan memerlukan masa dan tenaga. Selain tugasan, saya juga perlu memikirkan lagi tajuk untuk projek tahun akhir. Memikirkan tajuk untuk projek tahun akhir bukanlah satu kerja yang mudah kerana tajuk tersebut memainkan peranan yang penting untuk proses pelaksanaan projek tersebut kelak.
Tambahan lagi, selain projek tahun akhir, saya juga perlu melakukan pengajaran mikro dan pengajaran makro. Pengajaran mikro ini pula memerlukan saya untuk merancang sebuah pengajaran di dalam kelas dengan menggunakan idea atau perancangan sendiri. Selain itu, pengajaran makro pula memerlukan saya pergi ke sekolah untuk melakukan tugasan tersebut. Pengajaran ini juga memerlukan sebuah perancangan pengajaran yang sistematik agar mudah untuk dilaksanakan. Tidak cukup untuk itu, saya juga turut dipilih untuk mewakili universiti dalam pertandingan tarian pada bulan April kelak. Jadi, saya terpaksa turun berlatih setiap malam.
Fuhhh!!! Sangat banyak perkara yang perlu dilaukan pada semester enam ini. Rentetan tugasan atau kerja-kerja di atas bukanlah bertujuan untuk mengeluh tetapi untuk menunjukkan betapa besarnya cabaran yang dihadapi sebagai seorang pelajar semester enam. Namun, semua itu bukanlah satu alasan untuk saya berputus asa atau mengalah dengan setiap cabaran tersebut. Sesungguhnya semua pengalaman yang ditimba selama semester satu hingga semester lima sangat berguna untuk menguruskan keadaan seperti ini. Dari semua ini saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik kerana jika silap pengrusan masa, sudah tentu saya akan ketinggalan dalam setiap tugasan dan akhirnya setiap tugasan tersebut tidak dapat disempurnakan. Jadi, cabaran tersebut telah lebih mendewasakan saya untuk menjadi seorang yang lebih bijak menguruskan semua perkara.



“Jangan sesekali mengalah sebelum kita mencuba”




Turun Seperti Artis, Naik Seperti Pelarian”

                                                       


Coretan 6
“Turun Seperti Artis, Naik Seperti Pelarian”

“Turun Seperti Artis, Naik Seperti Pelarian”. Begitulah keadaan yang saya alami untuk pergi kuliah pagi tadi. Kata-kata ini adalah diibaratkan kepada penumpang-penumpang bas kitaran yang digunakan untuk pergi ke kuliah. “Turun seperti artis” kerana apabila penumpang tersebut turun dari bas, mereka berjalan seolah-olah seorang artis yang sedang berjalan di atas karpet merah. Untuk menunggu mereka berjalan keluar dari bas sahaja mengambil masa yang lama. “Naik seperti pelarian” kerana apbila naik bas, semua penumpang bas kitaran tersebut berebut seolah-olah seperti seorang pelarian yang lari untuk menyelamatkan diri.
Pada pagi tadi, saya mengalami keadaan yang dihimpit oleh penumpang-penumpang lain semasa menaiki bas. Saya memang telah berada di hadapan sekali sebelum bas tersebut berhenti. Bayangkan saya dan pelajar lelaki lain dihimpit oleh golongan wanita semasa ingin menaiki bas sehinggakan saya menjerit “janganlah bertolak-tolak” kerana sudah hilang kesabaran dan selepas itu barulah mereka naik dengan keadaan teratur. Saya sebagai seorang lelaki sangat berusaha untuk mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan golongan wanita kerana saya amat menghormati mereka walaupun pada masa itu bukan hanya saya sahaja lelaki yang menaiki bas. Namun, apabila menaiki bas, semua kesopanan, tatatusila dan batas-batas itu telah hilang sama sekali. Dalam hal ini, sya perhatikan lelaki lebih mengalah berbanding wanita kerana mereka takut untuk bersentuhan.
Bagi saya, sebagai seorang yang tahu batas-batas tidak kira walau apa jua keadaan. Saya tahu mungkin ada yang terlewat untuk pergi ke kelas namun janganlah sampai jadi macam itu kerana tidak baik dipandang oleh orang lain. Semasa minggu orentasi dulu juga kita dilatih untuk beratur untuk menaiki bas. Saya rasa, jika semua orang mengamalkan amalan tersebut, tidak akan jadi masalah berebut bas atau keadaan yang berhimpit-himpit. Lagipun, perkhidmatan bas yang disediakan pada masa ini sangat memuaskan kerana setiap setengah jam akan ada bas untuk mengambil pelajar di setiap destinasi menunggu bas.
Jadi, komen ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa tetapi juga sebagai peringtan kepada diri-sendiri kerana untuk memupuk satu kelakuan yang baik bukanlah memerlukan pengorbanan orang lain namun bermula dari diri kita sendiri unuk berubah. Jadilah seorang yang mengamalkan nilai yang baik dalam setiap masa, keadaan dan walau dimana saja kita berada. Bagi saya, perlakuan seorang itu meruakan gambaran sebenar perangai atau sifat tuan empunya badan.




“Jadilah insan yang cemerlang akal dan sifat”


         
         

Sunday, 10 March 2013

Hubungan Silaturahim Dieratkan

Coretan 5
Hubungan Silaturahim Dieratkan


Petang tadi mira-kira pukul 2.00 petang telah tamat program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba (JMKZ) iaitu program Hari Keluarga. Program ini telah bermula sejak semalam dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti atau latihan dalam kumpulan yang menarik. Antara aktiviti yang diadakan ialah senam robik, latihan dalam kumpulan, sukaneka, explorace dan aktiviti-aktiviti yang lain. Di samping itu juga terdapat banyak hadiah yang menarik yang ditawarkan bagi setiap aktiviti. Keadaan ini menyebabkan para peserta bersemangat untuk menang dan merebut hadiah yang ditawarkan.

Walupan dalam keadaan cuaca yang panas, para peserta tidak sedikit pun putus asa untuk menyertai aktiviti yang dijalankan malah mereka lebih bersemangat kerana seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang paling seronok ialah aktiviti sukaneka "belon kasih sayang" kerana permainan ini memerlukan para perserta membaling belon yang berisi air kepada rakan dengan keadaan tangan bersalut minyak masak. Aktiviti ini sangat menyeronokan dan mencabar minda serta kesabaran.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penghuni-penghuni kolej Za'ba. Saya rasa, sepanjang menyertai program tersebut, objektif tersebut sangat tercapai kerana pada awal program, ramai perserta yang agak pasif dan kurang aktif serta kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Namun, pada hari ini, hubungan di antara mereka sangat ketara nampak lebih erat dibandingkan dengan semalam. Mereka boleh bergurau senda, bertanya khabar, senyum dengan rakan-rakan dan lain-lain.

Saya rasa program seperti ini sangatlah bermanfaat dan berkesan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat bekerjasama dalam pasukan. Aktiviti yang dijalankan juga mampu menguji minda di samping dapat mengeratkan lagi hubungan di antara peserta. Program ini wajar diadakan setiap semester untuk merapatkan hubungan antara penghuni terutama untuk pelajar semester satu yang masih belum biasa dengan persekitaran kampus atau kolej. Mari kita lihat kenangan-kenangan yang dicipta sepanjang program tersebut.














Sehari Bersama, Sedekat Terasa.

Friday, 8 March 2013

Pengalaman Pertamaku

Coretan 4
Pengalaman Pertamaku


Mengimbas kembali perkara yang aku lakukan pada pagi tadi iaitu semasa menghadairi kelas KPD3026 di kampus baharu. Sesungguhnya pengalaman itu sangat berharga bagi aku yang akan bergelar seorang guru kelak. Sebelum ini kami telah diberi arahan agar bersedia dengan pengajaran mikro dengan menggunakan kemahiran set induksi. Pagi tadi merupakn giliran aku dan beberapa orang rakan yang yang lain untuk membuat pengajaran mikro set induksi. Itu merupakan pengalaman yang pertama untuk aku walaupun sebelum ini aku pernah membuat pengajaran mikro di depan rakan-rakan lain tapi ternyata yang pagi tadi sangat berbeza dengan yang sebelum ini.

Sebelum bermula kami telah menyusun kelas seperti keadaan kelas sebenar. Pernah saya saya memberitahu rakan saya ketika itu bahawa perasaan saya pada ketika itu seperti mahu pergi berperang rasa gemuruhnya. Hal ini kerana pengajaran mikro ini merupakan satu set pengajaran yang menggunakan rancangan dan idea saya sendiri. Apa yang dirisaukan ialah sama ada sesi pengajaran mikro tersbut berjaya atau tidak. Saya merupakn pelajar kelima yang akan membuat sesi pengajaran mikro. Berbekalkan semangat rakan yang terdahulu, saya memulakan set induksi dengan yakin berbantukan alat mengajar yang telah disediakan.

Semasa berlakunya sesi pengajaran itu, saya bersyukur kerana penerimaan pelajar (rakan-rakan lain yang menjadi pelajar) amat memberansangkan. Walupan bahan yang saya gunakan tidak begitu formal, bahan tersebut sangat dapat menarik perhatian pelajar. Sebenarnya penggunaan unsur lawak dalam sesi pengajaran saya itu adalah untuk mengelakkan pelajar bosan dan berminat untuk belajar isi pelajaran yang akan diajarkan. Sepanjang masa lima minit itu, saya dapat juga mengawal keadaan kelas dan dapat berinteraksi dengan pelajar dengan baik.

Selepas selesai sesi pengajaran mikro itu, penilai saya memberi komen yang baik terhadap persembahan saya namun rakan-rakan yang lain mengatakan saya bercakap terlalu laju...hehehhe...Kebanyakan tugasan yang memerlukan saya bercakap di hadapan memang saya akan mendapat komen yang sama iaitu bercakap terlalu laju. Saya telah berusaha untuk mengawal percakapan saya tapi masih juga mendapat komen yang sama. Mungkin disebabkan keterujaan yang tinggi. Selain itu pensyarah juga turut memberikan komen terhadap persembahan saya mengatakan kaitan set induksi dengan isi pelajaran kurang kaitan dengan aspek bahasa. Memang saya tidak nafikan sebab itu kesilapan saya sendiri kerana sebenarnya saya ingin mengajar penulisan rumusan karangan tetapi tidak menyatakan kemahiran yang ingin diajar dalam set induksi tersebut.

Walau apa pun, pengalaman pagi tadi sangat bermakna kepada saya kerana walaupun dengan perancangan yang kecil, sesi pengajaran dapat dilakukan dengan jayanya walaupun ada sedikit kekuranga yang boleh diperbaik. Terima kasih buat semua rakan-rakan dan pensyarah yang memberi komen, teguran, nasihat dan dorongan. Semua kata-kata itu akan saya jadikan untuk membuat lebih baik pada masa akan datang dan terus terang sesi pengajaran pagi tadi membuatkan saya tidak sabar untuk pergi ke sekolah untuk berpraktikal atau mengajar...:)


Celik
Insan
Kerana
Guru
Unggul


Wednesday, 6 March 2013

Bahasa Kita, Identiti Kita


Coretan 3
Bahasa Kita, Identiti Kita




Malam ini saya balik dari berlatih tarian di kampus lama dan menaiki bas untuk balik ke kolej. Dalam bas saya mendengar dua orang wanita yang berbual. Mulanya saya tidak mengambil kisah tentang perbualan mereka kerana keletihan namun apabila semakin lama dan semakin rancak perbuala mereka, saya terpanggil untuk mendengar bahasa yang digunakan oleh mereka sebagai alat komunikasi. Antara perbualan mereka yang saya masih ingat seperti ini:

“I already explain everything to her but she still marah-marah jugak. If she tahu keadaan sebenar, maybe dia tak marah sangat macam tue. I don’t understand la why she like that”.

Saya bukan sengaja hendak mendengar perbulana mereka dan bukan juga hendak sibuk tentang hal yang dibincangkan atau dibialkan oleh mereka tetapi ada suatu aspek yang membuat saya terpanggil untuk mendengar iatu bahasa yang digunakan oleh mereka berdua. Jika dilihat petikan perbualan tersebut, bahasa yang digunakan adalah bukan bahasa yang betul sebaliknya mereka berdua menggunakan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jika dilihat kepada dua individu ini, saya rasa kedua-duanya fasih bercakap bahasa Melayu namun saya tidak faham mengapa menggunakan bahasa sedemikain rupa.

Namun, dari aspek lain, anggapan saya terhadap mereka mungkin sedang berlatih untuk berbahasa Inggeris untuk memantapkan lagi kemahiran berbahasa dalam bahasa asing tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka untuk berbahasa sedemikian rupa jika bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Tetapi jika hanya untuk berbual biasa, saya sangat tidak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan kerana "Bahasa menunjukkan bangsa". Apa salahnya jika mereka menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sepenuhnya untuk mengungkapkan perbualan tersebut seperti:

“Saya telah menjelaskan semuanya kepada dia tetapi dia masih marah-marah juga.Jika dia tahu keadaan sebenar, mungkin dia tak marah macam tu. Saya tidak faham mengapa dia macam itu".

“I already explain everything to her but she still mad. If she knoe teh real situation maybe she not going to mad. I don’t understand why she like that".


Jika menggunakan bahasa atau ungkapan seperti di atas, mungkin lebih sedap didengar dan mungkin lebih mudah difahami. Dari situ juga kita dapat melatih diri untuk berbahasa dengan betul dengan menggunakan perkataan, struktur atau kosa kata yang mungkin betul walaupun tidak 100% betul. Akhirnya, saya berpesan kepada semua agar menggunakan bahasa yang betul kerana bahasa itu merupakan lambang bangsa. 






p/s: Gunakanlah bahasa yang betul.
       "Bahasa menunjukkan bangsa"





Kisah Kehidupan Sebagai Mahasiswa

Coretan Peristiwa 2:
Kisah Kehidupan Sebagai Mahasiswa


Saya merupakan seorang mahasisiwa yang menuntut di sebuah universiti tempatan iaitu Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bermulanya gelaran sebagai mahasiswa pada bulan Julai 2010 dan di sini bermulanya kehidupan sebagai seorang penuntut kursus Pendidikan Bahasa Melayu. Pada minggu pertama kami menyertai Minggu Orentasi atau juga dikenali sebagai Minggu Suai Kenal. Sepanjang minggu tersebut banyak pendedahan yang diberikan tentang kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Bermula dengan aktiviti menjelalah kawasan universiti, ceramah dan program motivasi yang diberikan oleh badan pelaksana telah meningkatkan lagi semangat untuk terus menuntut di menara gading ini. 

Catatan di atas hanyalah satu kenangan yang tetap menjadi kenangan pada suatu masa dahulu. Pada hari ini (6 Mac 2013), saya merupakan seorang penuntut semester enam dan terus menuntut di sini. Sungguh tidak terasa sudah tiga tahun saya berada di bumi Tanjung Malim dan sudah pasti banyak kenangan atau pengalaman yang ditimba. Pengalaman tersebut bukan sahaja dalam bidang akademik malah pengalaman kehidupan juga banyak mengajar erti sebenar kehidupan. Di sini saya belajar cara untuk hidup sendiri berjauhan dengan keluarga yang berada di Sarawak Bumi Kenyalang. Bukan sahaja berjauhan dengan keluarga, malah saya turut belajar menguruskan kehidupan sendiri seperti menguruskan belanja, masa dan urusan yang lain. Menjadi seorang mahasiswa bukan suatu yang mudah bagi seseorang yang mudah berputus asa kerana kehidupan sebagai penuntut memerlukan banyak pengorbanan.

Mengenangkan pula tentang pelajaran, sejak semester satu saya telah didedahkan dengan pelbagai tugasan yang terdiri daripada bentuk, format, genre dan sebagainya. Mula-mula saya agak kekok dan kadang-kadang terasa tidak tahu hendak berbuat apa kerana pertama kali didedahkan dengan tugasan yang memerlukan kita mencar bahan sendiri kerana sebelum ini sudah terbiasa dengan bantuan guru. Namun, semester demi semester banyak mengajar cara untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan yakin dek kerana pengalaman yang ditimba. Kadang-kadang ada juga rasa putus asa apabila mendapat tugasan yang agak sukar untuk dilakasanakan atau apabila mendapat markah yang rendah. Namun semua itu tidak menjadi penghalang apabila terkenangkan keluarga yang menjadikan kita sebagai harapan untuk mengubah kehidupan yang sedia ada. 

Sebenarnya menjadi seorang penuntu bukanlah sesuatu yang sukar jika kita mempunyai semangat, dorongan, cita-cita, impian dan keinginan untuk berjaya yang tinggi. Saya merasakan kehidupan sebagai mahasiswa ini sebagai satu medan untuk saya menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk menempuhi kehidupan pada masa hadapan sama ada kehidupan sendiri atau kehidupan sebagai seorang pekerja. Sebagai pengakhiran tentang kisah kehidupan mahasiswa ini, saya hidangkan beberapa foto sejak semester 1...:)


Semester 1
Bersama Rakan Baru Dikenali


Semester 2
Pertandingan Tarian Antara Universiti



Semester 3
Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka


Semester 4
Pertandinag Tarian Hari Terbuka Kolej Za'Ba



Semester 5
Perkhemahan Guru Kadet Remaja Sekolah